Allahu, Ramadan telah berlalu pergi begitu sahaja. Kini, kita telah memasuki bulan kemenangan kerana telah berjaya berjuang menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadan. Tetapi, adakah kita sudah benar-benar menang ? Sedangkan saudara-saudara kita di Yaman masih lagi berjuang melawan kebuluran.
Bagi mereka, hari raya adalah seperti hari-hari lain. Sepi dan suram. Tiada kemeriahan. Yang ada hanya sekeping roti kering menemani mereka..
Bahkan, mereka terpaksa merayu untuk mendapatkan bekalan makanan di kedai-kedai berdekatan supaya bekalan anak-anak mereka tidak putus.
Yaman yang sudah terumbang ambing dengan krisis kebuluran semakin tertekan apabila bilangan penduduk yang sangat memerlukan makanan kini meningkat sehingga 17.4 juta orang. Malahan, 2.2 juta kanak-kanak mengalami masalah malnutrisi.
Oleh itu, bagi membantu penduduk Yaman yang sangat memerlukan makanan pada bulan Syawal ini, MyFundAction telah mengambil inisiatif untuk membekalkan bantuan bekalan roti buat mereka.
Penduduk Yaman mengalami krisis makanan dan ratusan ribu kanak-kanak Yaman menderita kekurangan zat makanan. Pengagihan roti ini sedikit sebanyak mengurangkan risiko malnutrisi dan kebuluran seterusnya dapat menyelamatkan nyawa.
Dengan ini, mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan tidak perlu risau akan kehabisan bekalan makanan. Tambahan pula, roti merupakan makanan ruji penduduk di negara sana.
Justeru, ayuh bersama-sama kita berganding bahu meringankan beban penduduk Yaman yang ditimpa kesusahan.
Berkat usaha yang kita tunjukkan ini, mereka dapat menikmati Syawal, iaitu bulan kemenangan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.
Semoga dengan setiap perkongsian rezeki yang anda salurkan dapat memberikan manfaat kepada lebih jutaan pelarian di Yaman. Ini jihad kita! Semarakkan semangat Aidilfitri di bumi Yaman.
Kemeriahan Syawal disambut bersama.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.