Anak sulung, 17 tahun, anak kedua 13 tahun. Lepas berbelas tahun, Puan Nurzalina dan suami mendapat berita gembira. Keluarga mereka akan jadi makin besar. Mereka bakal mendapat anak ketiga!
Alhamdulillah, Adrea yang dikandungkan, lahir normal sempurna. Tapi siapa sangka, kegembiraan menimang cahaya mata baru itu tidak kekal lama.
Selang beberapa jam, ibunya perasan ada yang tidak kena apabila dia cuba memberi susu tapi anaknya muntah coklat.
Bukan sekali, malah berkali-kali.
Setelah pemeriksaan dan melakukan ujian ‘echo’, rupanya Adrea mempunyai 2 lubang dijantungnya sebesar 0.6cm.
Anak syurga ini baru sahaja nak dapat melihat dunia tapi sekarang, bila-bila masa boleh tidak bernyawa.
Adrea terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan 24/7 kerana tak dapat bernafas sendiri.
Doktor cadangkan supaya Adrea dibedah secepat mungkin kerana keadaan pernafasannya semakin kronik dan boleh mengakibatkan mati!
Ya betul, pembedahan segera sangat penting tetapi kos yang diperlukan adalah terlalu tinggi.
Dalam keluarga Puan Nurzalina, hanya suaminya sahaja yang bekerja. Anak pula sakit kritikal. Dari mana nak datang semua duit itu?
Jadi, untuk meringankan beban keluarga Adrea, MyHeart akan menanggung sebahagian daripada jumlah tersebut, ditambah juga dengan kos keperluan rawatannya yang lain.
Tapi kami perlukan juga sokongan anda. Jom Jiwa Baik, kita selamatkan nyawa Adik Adrea, boleh?
KOS KEPERLUAN ADIK ADREA MIQAYLA : $10865
Kos Pembedahan $60/Bahagian
Susu Formula $30/Tin
Kos Rawatan $20/bahagian
Lampin $10/bahagian
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.