Krisis Makanan Yang Teruk Dalam Kalangan Kanak-Kanak Yaman Boleh Mengakibatkan Kematian
Yaman Adalah Tempat Paling Sukar Di Dunia Untuk Menjadi Seorang Kanak-Kanak
Dua pertiga penduduk Yaman pada masa ini tidak pasti bila dan dari mana makanan mereka akan datang. Yaman merupakan negara yang mempunyai krisis kemanusiaan terbesar di dunia dengan anggaran sebanyak 21 juta orang yang memerlukan bantuan, termasuk lebih daripada 11 juta kanak-kanak.
Yaman merupakan mimpi ngeri bagi hidup kanak-kanak di negara itu sejak bermulanya konflik tersebut pada bulan Mac 2015.
Masa depan kanak-kanak ini sudah dapat dilihat apabila sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak telah terbunuh atau cedera akibat konflik itu.
Berarak Menuju Kebuluran
Ketika malapetaka kemanusiaan Yaman berputar di luar kawalan, sekurang-kurangnya 5 juta orang berada di ambang kebuluran, dengan 16 juta lagi ‘berarak menuju kebuluran’.
Pakar telah menyifatkan keadaan di Yaman, yang telah dipecahkan oleh perang saudara, sebagai ‘merosot dengan cepat’.
Keluarga di sana tidak mempunyai pilihan lain selain beralih kepada strategi yang berbahaya:
Mereka mengutamakan beri makan kepada anak-anak daripada diri mereka sendiri. Itupun hanya dengan apa yang mereka ada sahaja.
Bantu Selamatkan Kanak-Kanak Yaman Di Kala Krisis Kemanusiaan
Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan mengagihkan bantuan roti kepada 20 keluarga terjejas sebanyak tujuh kali sebulan di Kem Al-Amal di Marib.
Sasaran kami adalah untuk menyediakan sebanyak 245 keping roti bagi satu keluarga dalam tempoh sebulan.
Dengan bantuan rakyat Malaysia, kami mampu mengagihkan 4,900 kampit roti kepada 20 keluarga dalam masa sebulan.
APA YANG ANDA TUNGGU LAGI? INILAH MASANYA UNTUK ANDA SELAMATKAN NYAWA MEREKA INI!
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.