إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
BULAN RAMADAN, BULAN TERBAIK MENUAI PAHALA KEBAJIKAN
Jadi, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama kita memperbaiki amalan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan, barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan 70 kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadan.” (HR. Bukhari-Muslim).”
MENGAPA KAMI ANJURKAN PROJEK WAKAF QURAN SABAH?
3 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MUALAF DI SABAH
#1 Ramai yang masih tidak boleh membaca Al-Quran
Sepanjang pengalaman kami menyantuni mualaf di Sabah sejak tahun 2019, ramai yang kami temui menghadapi masalah dalam membaca Quran walaupun telah memeluk Islam lebih dari dua tahun.
Justeru, kami menyediakan Program Mengaji Annur secara PERCUMA buat golongan asnaf dan juga mualaf di Sabah di bawah kelolaan rakan kerjasama Annur Quranic Centre.
#2 Tiada tempat rujukan dan bimbingan
Sejak negara dilanda pandemik dua tahun lalu sehingga kini, kelas-kelas bimbingan mualaf sangat terhad dan terbatas.
Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk menyediakan kelas-kelas fardhu ain dan group komuniti untuk membantu mereka menjawab persoalan-persoalan berkaitan Fardhu Ain.
#3 Tidak pernah memiliki Al-Quran
Hal ini sangat menyentuh hati kami. Bayangkan sudah bertahun-tahun memeluk Islam tetapi tidak pernah ada walau sebuah Al-Quran.
Cabaran menjadi saudara baru bukan mudah. Ada yang dibuang keluarga, ada yang hilang pekerjaan. Jadi, isu tiada Al-Quran bukan suatu perkara yang pelik.
Untuk meneruskan kehidupan sahaja sudah diuji dengan lebih berat, apatah lagi untuk mendalami agama Islam
APA YANG KITA BOLEH BANTU SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA?
Misi ini akan berjaya dengan keikutsertaan anda! MyFundAction membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan untuk mewakafkan Al-Quran khususnya buat mualaf dan asnaf di pedalaman Sabah
(DIRI SENDIRI)
“Saya mewakafkan Al-Quran untuk usaha-usaha dakwah dan pemakmuran Al-Quran kerana Allah Taala.”
(BAGI PIHAK LAIN)
“Saya bagi pihak … mewakafkan Al-Quran untuk usaha-usaha pemakmuran Al-Quran kerana Allah Taala.”
(Nota: Buat anak-anak yang berniat untuk berwakaf atas nama ibu bapa, kami sarankan pakej RM 60 untuk 2 lot wakaf dan niatkan atas nama mereka. Semoga ganjaran pahala berterusan buat ibu bapa anda asbab dari wakaf yang dihadiahkan. Amin.)
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.