Wujudkan Penghayatan Beramal & Beribadah Di Bulan Barakah Ini
Memulakan membaca al-Quran pada bulan mulia ini dengan usaha yang jitu diharap menjadi pemangkin untuk melatih diri merasai kemanisan mengalunkan ayat suci dan menjadikan kita seorang yang istiqamah.
Tanggungjawab ini yang terbenam dalam hati golongan asnaf dan mualaf Sabah yang ‘gian’ melazimkan diri dengan belajar dan membaca al-Quran.
Tambahan pula, mereka ingin ‘mengaut’ fadhilat yang terbentang luas pada bulan Ramadan ini dengan beristiqamah dalam membaca ayat-ayat suci yang Allah kirimkan kepada kita.
Firman Allah S.W.T,
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) |
Terkadang, golongan asnaf dan mualaf di Sabah ini berasa sunyi dan gelisah dalam menjalani kehidupan biasa mereka. Seperti ada sesuatu yang ‘kosong’, namun masih tidak menjumpai jawapannya.
Selepas berteka teki, akhirnya mereka menemukan jawapan bahawa dengan mengalunkan kalimah suci al-Quran dapat menenangkan segenap jiwa rasa mereka.
Namun, ada penghalang terbesar buat mereka untuk terus belajar mengaji sehingga perkara itu menghantui mereka iaitu:
Apa Impak Negatif Buat Golongan Asnaf Dan Mualaf Di Sabah Jika Tidak Dibantu?
Ramai daripada mereka sebenarnya berhasrat untuk belajar dan mendalami al-Quran tetapi ada halangan. Jika mereka ini tidak dibantu, mereka bakal berhadapan dengan masalah ini:
Manfaatkan Harta Kita Dengan Membantu Mereka Membaca Al-Quran
Sayu hati kami lihat mereka mengaji dan mendalami Islam dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa. Justeru, kami buka peluang kepada anda yang berminat untuk bantu mereka dari segi:
Al-Quran ialah mukjizat Allah bagi membuktikan keesaan-Nya mentadbir langit dan bumi selain memberitahu perkara ghaib yang tidak diketahui manusia.
Membaca al-Quran mendapat pahala, begitu juga jika diwakafkan kepada golongan miskin untuk dibaca dan diamalkan isi kandungannya.
Projek wakaf kitab al-Quran sebagai satu inisiatif dakwah secara berterusan di Sabah dengan memberikan pengajian al-Quran sebagai rujukan utama.
Ini juga merupakan inisiatif kami bagi mereka untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam serta memudahkan mereka yang jauh dari kemudahan dan capaian pendidikan agama yang komprehensif.
Seronok kami lihat mereka ini gembira dan teruja dapat mempelajari al-Quran dengan betul. Tambahan, mereka tidak sabar untuk khatam al-Quran di bulan Ramadan ini.
Tengok sajalah apa yang mereka katakan ni:
“Perkara yang saya dapat pelajari dari kelas ini adalah saya dapat mengenali huruf-huruf hijaiyah dengan sebutan yang betul dan dapat baca dengan lebih tepat.”
–
“Harapan saya ustazah, saya dapat menghafal al-Quran dan menjadi insan yang lebih baik.”
–
“Saya seronok dapat mengaji dengan betul! Biarpun saya selalu mengaji tapi kadang-kadang ada juga sebutan yang silap.”
Anda boleh pilih pakej wakaf di bawah untuk bantu mereka celik al-Quran:
TAJA PELAJAR = RM200
TAJA PELAJAR = RM120
TAJA PELAJAR = RM50
TAJA PELAJAR = RM25
InsyaAllah, dengan keikhlasan anda membantu mereka dan mewakafkan sebahagian rezeki anda, mampu mengukirkan senyuman indah di bibir mereka.
Moga-moga dengan bantuan ini, Allah SWT lapangkan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat para dermawan semua di bulan Ramadan ini. Amin ya rabbal a’lamin.
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”
(Surah Saba’, ayat 34)
|
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.