Islam dianggarkan sebagai agama yang agak pesat berkembang di New Zealand. Namun begitu, sekitar tahun 2006 sehingga 2018, hanya 39 individu baru memeluk Islam dalam tempoh 12 tahun tersebut.
Kedatangan Ramadan menjadi waktu yang begitu penting untuk dakwah di sini. Namun, Muslim di sana terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk menuntut ilmu agama dan sampaikan ajaran agama kepada anak-anak mereka.
Apa yang lebih meruntun hati adalah apabila golongan mualaf bahkan kelahiran Muslim sendiri mula berputus asa dengan Islam. Masih terdapat segelintir masyarakat Muslim yang kurang diberi sokongan untuk mengamalkan ajaran Islam. Anak remaja juga mula tidak kuat pegangan agama dan paling mengejutkan, ada yang sampai nak tinggalkan Islam! . Allahuakbar!
Justeru, kami daripada MyFundAction mengambil tanggungjawab ini untuk menyebarkan dakwah Islam di bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan mengadakan lebih banyak aktiviti dan kelas agama SECARA PERCUMA khas buat saudara baru dan komuniti Muslim di Queenstown, New Zealand.
Bandar Queenstown yang menjadi tumpuan pelancong sudah semestinya akan menjadi pemangkin kepada penyebaran dakwah secara lebih meluas di New Zealand.
Dengan adanya bangunan ini, belia Islam di sana akan dapat dilatih untuk menjadi pemimpin Islam masa depan yang hebat.
Bahkan, golongan saudara baru dan mereka yang berminat dengan Islam akan dapat dibimbing dengan lebih baik sekiranya pusat ini dapat diwujudkan.
Menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi, kami ingin mengajak anda semua untuk ‘membeli’ saham akhirat dengan menjayakan impian kita bersama bagi menghidupkan Pusat Belia di New Zealand, dengan program dakwah yang lebih pesat.
Anda boleh berwakaf mengikut kemampuan masing-masing seperti pakej di bawah:
1 Lot Wakaf = RM50
3 Lot Wakaf = RM150
10 Lot Wakaf = RM500
20 Lot Wakaf = RM1000
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Sebelum meneruskan transaksi wakaf, pastikan anda membaca akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk Youth Development Center di New Zealand yang dikelola oleh MyFundAction kerana Allah SWT”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui BillpIz/Stripe, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun
MAYBANK Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) 550510970232 Rujukan: Wakaf MYDC |
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.