Peluang hidup makin tipis, Aydan derita masalah pernafasan kronik!
Kalau orang lain boleh lena tidur waktu malam, Ika tak boleh lelap walaupun sesaat!
Ika cerita, dia asyik terjaga waktu malam hanya untuk check, sama ada Aydan masih bernafas atau tak.
Itulah rutin Ika, 26 tahun sejak anaknya Muhammad Aydan Rifqi, 5 bulan didiagnos Severe Laryngomalacia atau ada masalah pernafasan yang kronik.
Aydan dilahirkan pramatang dan terpaksa diletakkan di NICU dengan bantuan pernafasan.
Tapi, walaupun sudah 3 bulan berada di NICU, Aydan masih gagal untuk bernafas tanpa bantuan mesin sehinggakan kadar oksigen dia jatuh teruk!
“Bunyi Aydan bernafas tu macam struggle sangat dan dada dia berombak!” Ika cerita.
Ika kata, Aydan juga ada masalah paru-paru di sebelah kanan kerana hanya ada satu saluran saja berbanding tiga saluran.
“Saya harap sangat ada keajaiban Ramadan ni untuk Aydan sembuh supaya boleh sambut Aidilfitri pertama kali dengan dia,” Ika mula sebak.
Jom warga jiwa baik! Kita bantu kurangkan beban yang Aydan tanggung boleh?
KOS KEPERLUAN AYDAN :
Mesin bantuan pernafasan ($9,000+-) $200/bahagian
Kos Rawatan ($1,900+-) $100/bahagian
Susu khas & Lampin ($2,500+-) $50/bahagian
Mesin sedut kahak ($1,600+-) $20/bahagian
Disclaimer :
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Muhammad Aydan Rifqi untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Muhammad Aydan Rifqi dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.