Di Sana Tidak Pernah Ada Surau, Ini Surau Pertama Mereka !
Tuan-tuan dan puan-puan, ayuh segerakan wakaf pembinaan rumah Allah.
MENGAPA PEMBINAAN SURAU AL-MUHSININ PERLU DISEGERAKAN?
Atas inisiatif Ustaz Yusof, beliau berusaha keras membina sebuah surau di perkampungan itu.
Surau kini sudah mula dibina tetapi kos pembinaan dan kelengkapan surau masih belum mencukupi.
Niat saya, nak bantu penduduk-penduduk Muslim di sini pandai mengaji dan lebih dekat dengan Allah. – Ustaz Yusuf
Selain daripada menjadi tempat solat, di surau ini juga akan diadakan aktiviti-aktiviti kegamaan seperti iftar, rewang dan juga kelas Al-Quran dan fardu ain secara percuma.
Harapan kami, surau ini dapat diselesaikan segera agar dapat membantu lebih ramai orang untuk kenal Islam dan semoga dakwah Islam terus berkembang di bumi Sabah.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang siapa meringankan kesusahan orang yang beriman di dunia ini, Allah swt akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barang siapa menolong seseorang dalam kesukaran, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. ” (Sahih Muslim)
Setiap solat, setiap ayat Quran serta setiap jiwa yang terdetik hatinya untuk menerima hidayah Islam di surau ini.. pasti ada pahala buat pewakaf rumah Allah
Kira-kira RM100,000 lagi baki yang diperlukan untuk melengkapkan pembinaan tandas lelaki dan wanita, tempat wuduk, ruang solat muslimah serta kelengkapan surau yang lain.
Ayuh, beramal ibadah dengan wakaf pembinaan rumah Allah!
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.