Ribuan saudara kita di Pulau Jambongan terpisah disebabkan jarak serta lautan biru. Hospital, klinik kesihatan, institusi pendidikan serta tempat untuk mendapatkan barang keperluan, letaknya jauh berbatu-batu.
Andailah yang memisah bukan lautan biru, nescaya mereka akan mengerah segala kudrat yang ada untuk sampai ke tempat yang dituju. Tapi sayang, yang memisah bukan sekadar daratan biasa, tetapi lautan bergelora.
Tanpa bot, tidak bergeraklah mereka. Ibu-ibu mengandung yang sudah mahu melahirkan, pesakit-pesakit kritikal yang memerlukan rawatan berkala, anak-anak pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran, mereka-mereka inilah yang gusarnya paling besar setakat ini.
Kos untuk menyewa bot hari ini sekitar RM300-RM400. Sama harganya dengan pendapatan bulanan mereka yang rata-ratanya adalah nelayan.
Sebab itu kewujudan bot tambang (percuma untuk 4 golongan ini – Wanita mengandung, pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala, Pelajar terutamanya menengah atas dan IPT, p enduduk miskin tegar) sangatlah dinanti-nantikan mereka. Banyak masalah serta kegusaran yang dapat diselesaikan asbab kewujudan bot tambang ini nanti.
PROJEK BOT TAMBANG PERTAMA PULAU JAMBONGAN
Atas dasar kemanusiaan, jom jiwa baik, kita wakafkan bot buat saudara-saudara kita di Pulau Jambongan ini sebagai tanda kasih sayang kita buat mereka.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.