RAIH PAHALA DARI SETIAP HURUF AL-QURAN YANG DIBACA DENGAN WAKAF DARI ANDA
Kebanyakan mualaf di Sabah sudah bertahun memeluk Islam tetapi masih ada yang buta huruf al-Quran kerana tiada pendekatan dan bimbingan terhadap mereka yang mahu mempelajari ajaran Islam.
Bahan berunsur rujukan Islam juga masih lagi kurang. Namun begitu, makin sukar untuk mereka mendalami agama ini.
Kisah Adik Yusuf :-
NAIK SAMPAN DATANG BELAJAR MENGAJI
Allahu gigih sungguh adik Yusuf nak belajar mengaji. Sanggup redah hujan walaupun kena naik sampan supaya tidak ketinggalan hadir kelas mengaji.
Ini tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang yang celik al-Quran.
Kisah Asnaf Sabah :-
“Kami nak Al-Quran Ustazah, Kami nak pandai mengaji”
Ada nenek yang berumur 60 tahun baru kenal Alif Ba Ta. Katanya “Makcik dari kecil tidak pegang al-Quran, sebab tiada al-Quran di sini. Makcik nak pandai baca al-Quran sebelum tutup mata..”
Usia tidak menghalang mereka untuk terus belajar. Walaupun usia sudah meningkat, tapi semangat mereka untuk terus belajar sehingga pandai mengeja, membaca kalam Allah tidak pernah pudar.
Masih ramai lagi yang senasib seperti adik Yusuf dan mereka yang tidak mampu memiliki al-Quran.
Jadi, mari sama-sama kita bantu mereka menjadi celik al-Quran dengan berwakaf al-Quran di Sabah.
KECIL BAGI KITA, BESAR MAKNANYA BUAT MEREKA
Ayuh bersama MyFundAction dalam kempen Wakaf al-Quran tahun ini. Al-Quran akan diedarkan kepada golongan asnaf dan mualaf di sekitar Sabah.
Wakaf dibuka sekarang dengan serendah RM30. Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga ibu bapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di Akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, InshaAllah.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.