Ongoing

WAKAF AL QURAN SABAH

Uplifting Education Campaign

HADIAHKAN AL-QURAN BUAT ASNAF DAN MUALAF SABAH

RAIH PAHALA DARI SETIAP HURUF AL-QURAN YANG DIBACA DENGAN WAKAF DARI ANDA

 

Kebanyakan mualaf di Sabah sudah bertahun memeluk Islam tetapi masih ada yang buta huruf al-Quran kerana tiada pendekatan dan bimbingan terhadap mereka yang mahu mempelajari ajaran Islam.

 

Bahan berunsur rujukan Islam juga masih lagi kurang. Namun begitu, makin sukar untuk mereka mendalami agama ini.

 

Kisah Adik Yusuf :-

 

 

NAIK SAMPAN DATANG BELAJAR MENGAJI

 

Allahu gigih sungguh adik Yusuf nak belajar mengaji. Sanggup redah hujan walaupun kena naik sampan supaya tidak ketinggalan hadir kelas mengaji.

 

Ini tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang yang celik al-Quran.

 

Kisah Asnaf Sabah :-

 

 

“Kami nak Al-Quran Ustazah, Kami nak pandai mengaji”

 

Ada nenek yang berumur 60 tahun baru kenal Alif Ba Ta. Katanya “Makcik dari kecil tidak pegang al-Quran, sebab tiada al-Quran di sini. Makcik nak pandai baca al-Quran sebelum tutup mata..”

 

Usia tidak menghalang mereka untuk terus belajar. Walaupun usia sudah meningkat, tapi semangat mereka untuk terus belajar sehingga pandai mengeja, membaca kalam Allah tidak pernah pudar.

 

Masih ramai lagi yang senasib seperti adik Yusuf dan mereka yang tidak mampu memiliki al-Quran.

 

Jadi, mari sama-sama kita bantu mereka menjadi celik al-Quran dengan berwakaf al-Quran di Sabah.

 

KECIL BAGI KITA, BESAR MAKNANYA BUAT MEREKA

 

Ayuh bersama MyFundAction dalam kempen Wakaf al-Quran tahun ini. Al-Quran akan diedarkan kepada golongan asnaf dan mualaf di sekitar Sabah.

 

Wakaf dibuka sekarang dengan serendah RM30. Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga ibu bapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

 

Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di Akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, InshaAllah.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Al-Quran Sabah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)