Puasa Dah Nak Dekat, Dah Bayar Fidyah?

Apa itu Fidyah?

Sedar tak sedar, tak lama lagi dah nak masuk Ramadan. Ada tak kita selitkan tentang “Fidyah” dalam ‘checklist’ Ramadan kita?

Mungkin kita terlepas pandang atau mungkin juga kita sengaja tidak ambil peduli tentang apa itu sebenarnya fidyah.

Jadi apa sebenarnya maksud Fidyah?

Fidyah ialah denda yang dikenakan bagi seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadan tahun berikutnya.

Hukum Membayar Fidyah

Hukum Membayar Fidyah

Hukum Fidyah adalah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.  Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Siapa yang Perlu Membayar Fidyah?

Fidyah tidak dikenakan kepada sebarangan orang. Hanya golongan-tertentu sahaja yang wajib membayar Fidyah. Antaranya:

Kadar Fidyah

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Tetapi ianya berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah mengikut tempat.

Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Pengiraan Fidyah

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7Hari x RM4.00 = RM28.00

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.

Sumber : https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah

Cara Mudah Bayar Fidyah Anda Sekarang

Sebenarnya tak susah pun untuk kita laksanakan fidyah. Bagi yang belum membayar fidyah, ayuh tunaikannya bersama MyFundAction.

 

Setiap fidyah yang dibayar akan disalurkan kepada projek Rezeki Ummat untuk diberikan kepada fakir dan miskin yang memerlukan.

Segerakan fidyah anda kerana nilainya akan meningkat menjelang Ramadan tahun yang akan datang.