Ongoing

Tabung Alatan Perubatan: Bertaruh Nyawa Derma Tulang Sum-Sum Demi Adik Tercinta

Health Accessibility Campaign

Peluang ‘Terakhir’ Humaira Bebas Derita Talasemia

“SAYA SAYANGKAN ADIK DAN NAK ADIK CEPAT-CEPAT SIHAT”

Kasih sayang seorang kakak berusia 15 tahun sanggup bertarung nyawa untuk mendermakan sumsum tulang, demi menyelamatkan adiknya yang menghidap talasemia amat menyentuh perasaan. 

Humaira Aafiyah, 4, anak bongsu daripada empat beradik, didiagnosis menghidap talasemia, tidak perlu menunggu lama mendapatkan penderma untuk mendapatkan sumsum tulang.

Dengan kesediaan kakaknya, Husna, sedia berkorban memberikan sinar harapan kepada Humaira yang didiagnosis seawal usia dua tahun selepas mula menunjukkan simptom-simptom sakit talasemia.

Ibunya, Hamidah Ithnin, 41, terkejut bila Humaira ada talasemia kerana anak bongsunya itu bukanlah pembawa talasemia malah, tahap kesihatannya juga normal. 

 

“Selepas didiagnosis talasemia, Humaira disaran mengamalkan pengambilan sirap folik asid dan perlu ke hospital sebulan sekali bagi melakukan pemindahan darah. Namun, untuk kos rawatan pemindahan sum-sum tulang, memakan belanja sehingga RM39,000! Pening mana nak cari duit,” cerita Hamidah.

 

Selepas menjalani pemeriksaan terhadap ahli keluarga, doktor mendapati Husna merupakan penderma yang sesuai dengan skor 9/10 namun dijangka akan ada sedikit kesan sampingan kerana sebelum ini, dia juga sudah mendermakan tulang sum-sum untuk kakak sulungnya, Hasya.

 

“Atas nasihat doktor dan kasih sayang adik yang mendalam mahu melihat adiknya terus hidup sihat, Husna sedia mendermakan sumsum tulangnya kepada Humaira.

 

Pertaruh Nyawa Demi Adik Tercinta

Keberanian Husna, 15, rela menjalani pemindahan sumsum tulang sekali lagi untuk didermakan kepada adiknya yang menghidapi talasemia sewajarnya dijadikan contoh insan lain dalam usaha memberikan harapan baharu kepada pesakit memerlukan.

Sesungguhnya, Husna sedia mempertaruhkan nyawanya dengan menjalani proses berkenaan semata-mata mahu melihat adiknya beransur pulih daripada penyakit kronik dihidapi.

 

“Saya terlalu sayangkan adik. Saya nak tengok adik sihat macam kami semua. Baru lah seronok nak sambut Ramadan dan raya sama-sama. Walaupun kos pembedahan RM39,000 memang sangat besar bagi saya sekeluarga tapi saya masih berharap, adik boleh operate cepat,” katanya sambil memeluk Humaira.

 

Setiap kali tibanya Aidilfitri, memang meriah dengan suara anak-anak Hamidah. Namun, Aidilfitri kali ini terasa agak suram dek Humaira terpaksa tanggung peritnya penyakit ni.

 

“Sekarang ni susah dah nak dapat momen-momen indah macam tu,” sebak Hamidah.

 

Ayuh berkongsi nikmat rezeki anda dengan adik Humaira sekeluarga !

TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)