Ongoing

Ongoing

Food Security Campaign
  • MyFA
  • /
  • Palestine Appeal

Kongsi Rezeki Bersama Ibu & Anak Kecil Di Palestin

 

Dunia takkan pernah sunyi daripada pergaduhan. Jika diikuti perkembangan dunia, kita akan lihat betapa tenatnya keadaan negara-negara yang masih bergolak dan diancam konflik peperangan. 

Akibat daripada itu, ekonomi negara terjejas teruk dan sekaligus menyebabkan kadar kemiskinan menjadi tinggi. Rakyat menderita kelaparan dan kebuluran. Apatah lagi ketika musim sejuk yang mencengkam, juga ketika panas terik yang memeritkan.

Setiap ibu dan ayah, pasti mahu memberikan yang terbaik buat keluarga, lebih-lebih lagi apabila mempunyai bayi dan anak kecil mereka. Begitu juga di Palestin. Akan tetapi mereka kekurangan susu, serta makanan untuk diberi kepada keluarga mereka. 

 

 

Bayangkan, ada ibu di sana yang tak sanggup mendengar tangisan bayi mereka yang kelaparan, akhirnya mereka memberikan air teh. Mereka kekurangan nutrisi untuk menghasilkan susu buat bayi mereka. Hasilnya, bayi kerap sakit dan ada juga yang akhirnya meninggal dunia kerana antibodi yang lemah.

Sebagai insan yang mempunyai nilai empati, kita tidak sepatutnya hanya melihat saudara-saudara kita yang sedang dihimpit sejuta derita dibiarkan begitu saja.

Kami di MyFundAction sedaya upaya, membantu mereka di Palestin melalui projek Food Care For Mom & Child, sebuah usaha untuk membantu ibu dan anak Palestin demi mendapatkan  nutrisi yang secukupnya.

 

 

Penting untuk kita tahu, jutaan rakyat Palestin sedang menderita kebuluran dan kekurangan makanan. Kepungan dan sekatan ekonomi yang dilakukan lebih menyukarkan hidup mereka.

Ayuh saudara-saudari sekalian, kita hulurkan sokongan untuk meringankan beban saudara Muslim kita di sana. Kita ukirkan senyuman dan hadirkan kebahagiaan ke dalam diri mereka. Kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kita bersama.

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Palestine Appeal Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)