Ongoing

BANTUAN SUSU YAMAN

Food Security Campaign

Jutaan Kanak-Kanak Yaman Terlantar

Anak-Anak Yaman Di Ambang Kematian

Tahukah anda, menurut UNICEF, 400,000 kanak-kanak bawah 5 tahun menghadapi SEVERE ACUTE MALNUTRITION (SAM) dan 30,000 kanak-kanak bawah 5 tahun MATI setiap tahun disebabkan kekurangan zat.

Bayangkan, pada umur yang begitu muda, anak-anak di Yaman terpaksa kebuluran kerana keadaan mereka yang darurat.

Di mana ibu mereka? 

Ibu mereka ada. Cuma mereka tak mampu. Susu badan si ibu kering kerana sudah lama tidak menjamah makanan.

Bila ada rezeki bantuan sampai, dapatlah mereka bekalan makanan. Jika tidak ada, maka air hujan itulah diteguk untuk meneruskan hidup.

 

Anak Yaman Terlalu Kurus, Nampak Rangka Tulang

Kami rasa berdosa! Anak kita di Malaysia sihat walafiat, cukup makan minum. Tetapi anak-anak di Yaman, saudara Muslim kita di sana menderita sakit.

  • Ada yang terlalu kurus sehingga nampak tulang rusuk.
  • Ada yang terbantut menyebabkan tubuh mereka sangat kecil dari usia mereka.
  • Ada juga yg tak mampu bertahan dan berakhir dengan kematian dek kebuluran.

Apa kita nak jawab di hari penghitungan kelak jika Allah tanya ke mana kita belanjakan harta kita? Berapa banyak saudara Muslim yang susah kita dah bantu?

Bekalan Susu Formula Buat Kanak-Kanak Yaman Diperlukan

Atas tanggungjawab sesama Muslim, inisiatif bantuan bekalan susu formula buat kanak-kanak di Yaman bersama MyFundAction dilancarkan!

Kami sasarkan seramai 500 kanak-kanak akan menerima bantuan nutrisi susu formula ini selama 2 bulan.

  • 1 kanak-kanak = 8 tin susu sebulan
  • 1 tin susu RM 47 x 8 tin = RM 376

Ini bermakna 8000 tin susu dengan anggaran kos RM376,000 diperlukan sepanjang 2 bulan ini.

InsyaAllah selepas dua bulan, kami akan melihat perkembangan kesihatan anak-anak yang menerima susu bantuan ini untuk  menyediakan keperluan nutrisi susulan buat mereka.

Ke Mana Susu Formula Ini Akan Diagihkan?

Setiap bantuan susu yang anda taja akan disalurkan ke kem-kem pelarian yang terlibat di Yaman. Iaitu:

  • Kem Shibam, 
  • Kem Al-Azraqeen 
  • Kem Shamlan (Sanaa) 
  • Kota Zabid, Hudaidah
  • Kem Ad-Dharwan
  • Kem Ar-Riqqah 
  • Kem As-Sawad

InsyaAllah semoga dengan bantuan anda, anak-anak di Yaman ini dapat bekalan nutrisi yang “hilang” untuk tumbesaran mereka.

Percayalah anda bukan saja menyelamatkan masa depan mereka, tetapi anda juga telah menyelamatkan nyawa anak-anak ini dengan izin-Nya.

Semoga angka kanak-kanak Yaman yang merana kekurangan zat & kebuluran dapat dikurangkan atas bantuan dan doa dari anda, Aamin YRA.

Allah Paling Suka Manusia Yang Bermanfaat Pada Orang Lain

Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,

“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”

Nabi menjawab,

“Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” 

(Hadis riwayat at-Thabrani)

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Susu Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)