Ongoing

Ongoing

Briquette House: 'Dari khemah ke rumah'

Economic Empowerment Campaign

Dahsyat! Yaman Di Ambang Kebuluran!

Bayangkan..berapa banyak keluarga di Syria kita boleh selamatkan dengan terbinanya ‘Briquette House’ ini


Sudah lebih sedekad peperangan di Syria berlaku. Seperti tiada pengakhirannya. Akibat perang ini, sudah semestinya yang terkesan adalah rakyat Syria sendiri.

Rumah mereka dibom, mereka diusir oleh kerajaan mereka sendiri dan terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. Hampir 75% daripada populasi keseluruhan Syria terkesan dengan krisis ini.

Sekarang, kebanyakkan daripada mereka hanya tinggal di dalam khemah yang sangat daif, dan lusuh.

Cuba bayangkan keadaan mereka. Sudahlah hilang ‘syurga’ mereka, krisis makanan dan kemiskinan pula semakin hari semakin meningkat.

Bagi siapa-siapa yang belum sedar, telah berlaku sekarang peningkatan kadar inflasi di seluruh dunia. Banyak negara-negara maju yang terkesan dek masalah ini dan ia dikatakan masalah paling serius buat dunia.

Sudah pasti Syria akan jadi lebih terbeban dengan masalah ini. Betul tak?

 

 

Bagi mengurangkan beban yang ditanggung saudara kita di Syria, kami dari MyFundAction berhasrat ingin menyediakan ‘syurga’ baru buat mereka di sana.

Dengan kerjasama daripada Hayrat Yardim, MyFundAction menyasarkan untuk membina sebanyak 500 buah rumah bermodelkan ‘Briquette House’ di Idlib, Syria.

Ia akan sekaligus menjadi satu perkampungan baru buat saudara-saudara kita. Dengan adanya rumah baru ini, mereka sudah tidak perlu tidur di dalam khemah yang lusuh dan koyak lagi.

Sebanyak 500 keluarga dapat berteduh di dalam rumah baru ini. Untuk pengetahuan anda, sebuah Briquette House ini dapat menampung sebanyak lima hingga tujuh orang dalam satu rumah.

Ia juga lengkap dengan fasiliti seperti bilik air, dapur, bilik tidur, dan ruang tamu. Rumah seperti ini adalah berkali-kali ganda lebih baik jika nak dibandingkan dengan keadaan khemah pelarian Syria.

Lagi pula, musim sejuk bakal tiba. Jika pelarian di Syria terus tinggal dalam khemah yang tidak sempurna, bagaimana mereka ingin menghadapi cuaca sejuk yang melampau itu?

Jom bantu mereka

Dengan terbinanya Briquette House ini, sedikit sebanyak kita sudah menyelamatkan beribu-ribu nyawa.

Bersama kami adalah beberapa pakej tajaan yang telah kami sediakan dalam merealisasikan impian kita semua untuk membantu saudara kita di Syria sana.

WAKAF RM6,500 (1 RUMAH)

WAKAF RM1,000 (20 LOT)

WAKAF RM500 (10 LOT)

WAKAF RM50 (1 LOT)

WAKAF RM30 (SEIKHLAS HATI)

Jadi, ada ke jiwa-jiwa baik berhati mulia yang sanggup bantu meringankan beban mereka di sana? Semoga usaha kita semua ini dapat mengukir senyuman indah di wajah-wajah saudara kita di Syria

InsyaAllah, wakaf yang anda berikan ini juga akan menjadi saham akhirat kelak buat anda. Amiin.

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Briquette House Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)