Ongoing

Ongoing

Penyakit Genetik 'Rare' Meragut Waktu Kecil Adra

Health Accessibility Campaign

“Kenapa kaki adik tak sama macam kaki orang lain ye ibu ayah?”

Itulah ungkapan yang setiap hari Adra ungkapkan.

Adra menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 2 (SMA) yang terpaksa bergelut dengan gangguan saraf neuromuskular sejak berumur 7 bulan lagi.

Penyakit SMA yang Adra hidap ni menjejaskan perkembangan sel otot di tangan, kaki dan otot tulang rusuk mengecut secara berterusan.

“Ketika lahir, Adra seperti bayi normal lain. Tapi, sejak umur dia 11 bulan, Adra tak boleh bangun. Jadi kami bawa dia berjumpa doktor dan doktor sahkan Adra menghidap SMA,” Nik, ibu Adra bercerita.

Doktor pesan, Adra perlu terus mengikuti rawatan terapi untuk mengelakkan gangguan otot dan motor,” sambung ibunya.

Anuar Rasis, ayah Adra berkata, anaknya itu terpaksa menjalani kehidupan seharian penuh payah apabila perlu berulang ke hospital bagi menerima rawatan.

“Saya cakap pada isteri, salah seorang daripada kita mesti kena berkorban untuk berhenti kerja demi menjaga Adra sepenuh masa. Akhirnya, kami putuskan saya yang berhenti sebab Adra perlukan perhatian dan penjagaan rapi,” luah Anuar.

Anuar berkata, dalam keadaan dirinya yang sudah berhenti kerja dan melalukan kerja freelance sahaja, keluarganya sekarang menghadapi masalah kewangan.

Tambahnya lagi, Adra sekarang makin susah nak bernafas sebab dia tak boleh buang kahak dia sendiri.

Sebab tu, dia banyak kali terkena pneumonia atau jangkitan paru-paru!

Doktor cadangkan Adra guna bantuan cough assist machine bagi memudahkannya bernafas dengan lancar tapi kosnya sampai RM42,000!

Jom warga jiwa baik!

Kita kurangkan beban yang keluarga ni tanggung boleh?

Sekurang-sekurangnya, Adra dapat bernafas dengan mudah dan tak ada episod terkena pneumonia lagi.

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Genetik Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)