Ongoing

Ongoing

Hikari Box

Uplifting Education Campaign

Mimpi Buruk Saudara Baru di Jepun

 

 

“Pengalaman paling perit adalah bila saya dianggap terrorist oleh keluarga dan rakan-rakan sendiri.

 – Noor (Bukan nama sebenar)

 

Inilah kenyataan yang sangat menyentuh hati kami ketika berinteraksi dengan salah seorang muslim Jepun di Otsuka, Tokyo baru-baru ini.

Ramai saudara baru kita di Jepun mengalami detik-detik sukar setelah memeluk Islam.

Jadi, kita tak nak mereka rasa keseorangan.

 

“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (QS Al-Hujurat: 10)

 

Kami sedaya upaya ingin membantu mereka walau jarak memisahkan.

Ini apa yang sedang kami usahakan, dan kami ingin anda menjadi sebahagian daripada keluarga ini.

 

#1 Kerjasama dengan 7 buah pusat Islam di seluruh Jepun

Kerjasama ini adalah untuk menambah baik kemudahan agar ia menjadi tempat yang selesa dan menarik warga bukan Islam datang ke masjid.

Usaha ini telah dikembangkan ke tujuh buah tempat iaitu di Chiba, Gifu, Otsuka, Shizuoka, Yokohama, Nagoya dan Fujikawaguchiko.

#2 Hadiah buat saudara baru

Setiap mualaf baru di pusat-pusat Islam tersebut akan menerima hadiah agar mereka lebih dekat dan mudah mempelajari Islam.

 

Hadiah ini merangkumi Al-Quran terjemahan bahasa Jepun, set pakaian solat, buku panduan makanan Halal di Jepun, video tatacara solat dan juga Tasbih.

 

#3 Kelas Al-Quran Online Percuma buat Muslim di Jepun

Kekangan yang ada di sana adalah tidak semua daerah mempunyai masjid dan mereka juga mempunyai tenaga pengajar yang terhad.

Oleh itu, kami sediakan platform secara atas talian agar mereka dapat belajar Al-Quran walau di mana mereka berada.

Setakat ini kami mempunyai 30 orang pelajar termasuklah warga Jepun yang belum bergelar Muslim tetapi berminat untuk mempelajari Islam.

 

Pahala orang yang mengajarkan Islam

Dalam sebuah hadis Hasan, diriwayatkan oleh Tirmidzi;

Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah memberi banyak kebaikan, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan selalu mendoakan orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.”

 

Justeru kami ingin mengajak anda untuk menjadi sebahagian ‘tangan’ yang menyebar luaskan Islam di sana dan menyelamatkan saudara-saudara baru kita agar tiada yang kembali ke pegangan mereka yang dahulu.

Usaha dakwah ini takkan dapat dijayakan dengan lebih meluas tanpa sokongan daripada anda.

 

REBUT PELUANG BERWAKAF SAMBIL BERDAKWAH

1 lot – RM 50 

3 lot – RM 150

5 lot – RM 250

Mudah-mudahan sokongan Tuan/ Puan ini asbab kita semua diberkati dan Allah redha akan kita. Insya Allah Amin.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Hikari Box Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)