Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

JUMLAH TERKUMPUL

$28,600

*jumlah terkumpul setakat 02/03/2023

$25,500

*jumlah terkumpul setakat 10/01/2023

$24,000

*jumlah terkumpul setakat 03/01/2023

Tak Boleh Hidup Tanpa Mesin Bantuan Pernafasan

Tanpa alat bantuan pernafasan walau hanya lima minit, seluruh tubuh mereka lemah malah boleh menyebabkan mereka kehilangan nyawa!

Itulah kehidupan dua beradik yang menghidap penyakit genetik Nemaline Myopathy atau dengan bahasa mudahnya masalah pernafasan yang kronik.

Takdir tidak mengizinkan dua beradik itu menikmati kehidupan seperti rakan sebaya disebabkan penyakit lemah otot pernafasan yang mereka alami.

Sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa.

Ibunya, Emmy Noor Osman, 32, berkata Anna (7) dan Aleesha (1) dapat penyakit ni sejak dari lahir lagi.

“Pada awalnya, doktor kesan yang Aleesha ni susah nak bernafas, badan dia lemah dan dia tak menangis. Memang sejak lahir, dia bergantung pada bantuan pernafasan 24 jam,” luah ibunya. 

 

Kami difahamkan, doktor ada mencadangkan untuk melakukan rawatan kimoterapi di hospital.

“Doktor kata, mereka berdua ni memang kena bergantung sepenuhnya dengan bantuan pernafasan dan juga kekuatan anak-anak untuk melawan,” sebak ibunya. 

Jom warga jiwa baik!

Sebelum ini, kos yang dua beradik ini perlukan adalah sebanyak $23,600.

Namun, selepas kami berbincang dengan doktor yang merawat mereka, beliau mengatakan ada pertambahan kos.

Kos rawatan, bekalan susu, bantuan mesin pernafasan sebanyak $29,500 adalah apa yang dua beradik ni perlukan sekarang.

Hebat ujian untuk keluarga ni. Bukan diuji dengan seorang anak yang sakit tetapi dua sekali.

Kalau perkara yang sama terjadi pada kita, belum tentu lagi kita mampu untuk redha dengan ketentuanNya. 

Jom warga jiwa baik! Kita bantu kurangkan beban yang Aleesha dan Anna tanggung boleh?


*Perkembangan Terkini (10/01/2023): Jumlah keperluan untuk dua beradik ini telah bertambah menjadi $35,000

Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap dua beradik ini.

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Genetik Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)