Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign
  • MyFA
  • /
  • Medical Equipment

Puan Putri sebak bila mengenangkan kisah mula-mula anaknya, Rafa, 3 bulan didiagnos Talasemia iaitu sejenis penyakit yang tidak boleh menghasilkan sel darah merah.

Selain itu, Rafa juga mengalami luka usus yang kritikal menyebabkan setiap hari dia muntah darah, keluar darah dari hidung.

Dan paling mengerikan ada pendarahan setiap kali buang air besar!

“Badan saya menggeletar bila tengok banyak sangat darah keluar dari mulut, hidung dan belakang Rafa akibat luka usus,” Puan Putri cerita sebak.

Waktu kami datang ziarah Rafa di rumah, nampak sangat badan dia lemah dan tak berdaya.

Disebabkan Rafa mengalami luka usus, penyakit Talasemia yang dihidapi membuatkan keadaannya bertambah teruk!

Menurut Puan Puteri, Rafa perlukan pembedahan tulang sum-sum untuk merawat penyakit Talasemia dia.

Tapi keadaan ekonomi keluarga menghalang dia untuk menerima rawatan yang akan menyelamatkan nyawanya.

Sebab tu, macam-macam kerja Puan Puteri dan suami buat sampaikan pernah hampir pengsan sebab terlalu penat membanting tulang.

Tapi, masih lagi tak mampu menanggung kos $8,200 Rafa.

Akibatnya, Rafa sesak nafas dan dehidrasi sehingga wajah pucat membiru!

Jom warga jiwa baik!

Kita kurangkan derita yang Rafa tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Rafa membesar macam bayi-bayi yang lain kan?

Kos keperluan:

Kos Pembedahan Tulang Sum-Sum ($6,300+-) $100/bahagian

Kos Rawatan ($1,600) $50/bahagian

Mesin Bantuan Pernafasan ($300) $30/bahagian


Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB BANK
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: RAFAEYZA


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Rafaeyza untuk menjayakan Tabung Alatan Perubatan untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Rafaeyza dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)