Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

Rayyan perlu suntikan segera bulan Mei ini! 

Tak sampai hati kami melihat keadaan tubuh kecil Rayyan yang ‘diselimuti’ dengan wayar-wayar hospital tatkala umur baru mencecah 2 bulan kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.

Ibunya, Ramizah Ghazi, 36, berkata Rayyan merupakan anak tunggal selepas penantiannya selama 6 tahun.

“Waktu Rayyan dilahirkan, fizikal dia tak sama macam budak lain. Kaki dia pendek sebelah.” cerita Ramizah.

Tambahnya, Rayyan juga dilahirkan tidak mempunyai satu tulang di tulang belakang.

Doktor ada maklumkan kepada kami, Rayyan ada masalah buang air besar yang tidak terkawal sehingga punggungnya terkena jangkitan kuman menyebabkan dia kini perlu dipantau rapi untuk rawatan lanjut.

Bayi sekecil ni terpaksa bertarung nyawa hadap pelbagai penyakit?!

“6 tahun kami menunggu cahaya mata. Tapi, Allah titipkan Rayyan kepada kami dalam keadaan dia sangat istimewa,” cerita Ramizah.

Ramizah kata, suaminya hanya buat kerja kampung saja. Pendapatannya juga tak menentu.

Paling-paling pun boleh dapat dalam $115 sebulan.

“Saya pula tak boleh bekerja sebab perlu jaga Rayyan 24 jam di hospital,” katanya yang juga suri rumah.

Satu-satunya ubat yang boleh selamatkan nyawa Rayyan ialah suntikan 3 dos Palivizumab yang berharga $4,700.

Kesan ubat ini pada badan Rayyan boleh mengelakkan jangkitan virus pada pernafasannya.

Dan suntikan dos pertama perlu segera diberi bulan ni, kalau tak nyawa Rayyan dalam bahaya!

KOS UBAT RAYYAN :
Suntikan 3 Dos Palivizumab ($4,700)

(URGENT!) Mei : $40 x 30 bahagian
Jun : $30 x 50 bahagian
Julai : $20 x 100 bahagian

Semoga dengan perkongsian rezeki anda, mampu memberikan keajaiban kepada Rayyan untuk sihat.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Genetik Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)