Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign
  • MyFA
  • /
  • Medical Equipment

 

“Budak ke orang tua ke, kalau dah ajal mati juga mak,” adik Hanif berceloteh kepada ibunya.

 

Boleh dikatakan setiap hari, inilah ungkapan adik Hanif kepada ibunya supaya tidak terlalu memikirkan dirinya yang sakit dan akan MATI!

Rupia, 41 tahun, ibu kepada tujuh cahaya mata berkata, Hanif mula dikesan menghidap Talasemia major ketika berusia 1 tahun 6 bulan.

 

“Sejak itu dia perlu menjalani proses pemindahan darah setiap bulan,” luahnya.

 

Penyakit talasemia ni sebenarnya bagaikan bom jangka yang sedang berdetik sebab tak ada penawar dan pesakit tak akan sembuh.

Rawatan yang boleh dilakukan hanyalah buat pemindahan darah dan mengambil ubat untuk mengurangkan zat besi dalam darah.

Tapi, keadaan adik Hanif sekarang bertambah buruk sebab tak dapat nak buat pemindahan darah.

 

“Hanif berdarah O positif R1R1. Darah tu sangat rare, susah nak jumpa,” cerita Rupia.

 

Dan yang bertambah buruk, kiraan zat besi dalam darah adik Hanif dah mencecah sehingga 5,000 dan boleh merosakkan organ dalaman!

 

“Kalau boleh, biar saya yang mati dulu daripada saya tengok anak saya yang mati,” sebak Rupia.

 

Sebak bila kami dengar Rupia cakap macam ni.

Seorang ibu lebih sanggup ‘menggadaikan’ nyawanya dahulu berbanding lihat anak terseksa.

Sambutan Ramadan adik Hanif tahun ini tak meriah seperti tahun-tahun sebelum.

Sebab, kos rawatan dan ubat-ubatan RM17,000 terlalu tinggi dan sukar untuk didapati bagi merawatnya.

Bulan Ramadan ni, doa adik Hanif hanya satu.

 

“Saya harap ada jiwa baik yang sudi ringankan beban keluarga saya dan bantu saya untuk sihat,” petah dia berkata.

 

Jom jiwa baik. Kita selamatkan nyawa adik Hanif dengan salurkan RM17,000 untuk kos rawatan dan ubat-ubatan.

Tak salahkan, kita gembirakan adik Hanif lagi-lagi bulan Ramadan ni?

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)