Ongoing

Ongoing

Selamatkan Mereka Daripada Mati Kelaparan

Food Security Campaign

Roti Hangat Buat Anak-Anak Syria!

 

Alhamdulillah, impian rakyat Syria bakal tercapai. Kilang roti yang ditunggu-tunggu sudah siap dan akan beroperasi tak lama lagi.

Selepas ini, tiada lagi krisis kelaparan dalam hidup mereka.

Kesedihan yang dirasai selama ini bakal bertukar menjadi kegembiraan. Dan kini mereka sudah mampu untuk tersenyum.

Ya, kami tahu, hanya roti yang mampu kami edarkan untuk mereka setiap hari. Masih bukan makanan mewah. Tapi, setidaknya mereka tidak perlu mengikat perut kelaparan cuma minum sup kosong.

Jadi, Syukran Jiwa Baik! Sokongan anda selama ini telah berjaya selamatkan saudara kita daripada kelaparan.

Dengan adanya kilang roti di Syria ini, sebanyak 5,000 pelarian Syria akan mendapat bekalan roti setiap hari.

 

Lagi pula, Ramadan makin dekat. Mereka di sana dah tak perlu risau tentang tiadanya juadah untuk berbuka.

Namun, kami tak nak impian ini terhenti separuh jalan sahaja. Kami mahu ianya diteruskan dengan harapan insyaAllah satu hari nanti, krisis kelaparan akan lenyap dari bumi Syria.

Masih banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk pastikan kilang roti ini terus beroperasi. Dan lebih ramai lagi kita boleh beri manfaat.

Jangan pudarkan senyuman dan harapan mereka.

Sempena bulan mulia Ramadan ini, terus lakukan kebaikan dengan bekalkan roti untuk saudara kita di Syria.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Bread Factory Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)