Ongoing

Ongoing

'Hanya Sekeping Roti Sudah Cukup'

Food Security Campaign

Selamatkan Pelarian Syria Yang Kebuluran

 

“Kami tidak mahukan wang. Kami hanya mahukan bantuan makanan dan bahan-bahan asas.”

Itulah antara keluhan seorang pelarian Syria. Selagi perang belum habis, beginilah nasib mereka.

Bagi mereka, sekeping roti pun sudah cukup. Tapi itu pun susah nak dapat. Kalau tak ada makanan, mereka akan makan apa saja yang boleh dimakan.

Sampaikan ada yang sanggup merebus daun dan menggeledah tong sampah semata-mata nak kenyangkan perut.

Kalau ada roti pun, mereka akan kongsi beramai-ramai. 1 keping roti dikongsi 4-5 orang. Kenyang ke mereka?

 

Adakah kita hanya sekadar mendengar keluhan mereka?

Mereka tak pernah minta untuk hidup susah, jadi pelarian perang di negara sendiri. Tapi apa mereka boleh buat.

Dan setiap kali mana-mana NGO datang memberi bantuan, mereka akan berebut-rebut mengambil bantuan yang diagih.

Itu pun kalau ada NGO yang datang. Kalau tak ada, siapa yang nak bantu mereka?

Usaha kita untuk menggembirakan mereka

Susah kan keadaan mereka. Tak boleh bayangkan kalau lah situasi kita jadi seperti mereka.

Jadi, dengan inisiatif MyFundAction untuk membina kilang roti di Idlib, Syria, inshaAllah berpuluh-puluh…tak, beratus-ratus ribu pelarian Syria kita dapat bantu.

Mari kita sama-sama bantu selamatkan keluarga-keluarga di Syria dengan menghadiahkan mereka sebuah kilang roti.

Tak kan kita sanggup biarkan mereka terus merayu, menangis dan merintih nasib di tanah sendiri. Mereka perlukan kita tapi…

Di manakah kita?!!

 

 

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kilang Roti Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)