Hanya terdapat 12 daripada 36 buah hospital sahaja yang berfungsi di Gaza TANPA peralatan perubatan yang mencukupi.
Mangsa-mangsa yang cedera hanya dirawat di atas lantai. Bayangkan ada pesakit yang kakinya dipotong tanpa ada menggunakan sebarang bius!
“Ada seorang budak lelaki terpaksa menunggu dibawa keluar dari Mesir untuk pembedahan kakinya yang terkena serpihan bom. Kini, kami tidak tahu sama dia hidup ataupun tidak”
Jangan hanya berdiam diri! Mereka perlukan sokongan kita untuk bina pusat perubatan baru.
Kenapa pentingnya ada Pusat Perubatan ini?
Penduduk di Umm al Kheir berdepan kesukaran untuk dapatkan rawatan bertahun lamanya. Kalau ada pun, terletak jauh kira-kira 60-70 km dari tempat tinggal mereka.
Mereka terpaksa travel lebih kurang 3 jam lebih untuk ke hospital di Hebron yang merupakan satu-satunya hospital yang terdekat.
Hal ini disebabkan oleh, keadaan jalan dan tanah berbatu yang tidak berturap.
Apa yang lebih menyukarkan mereka, bukan setakat jarak perjalanan.
Malah, tentera Israel akan menyekat perjalanan mereka di setiap sempadan dari daerah ke daerah dalam Tebing Barat (West Bank).
Bahkan, bukan itu saja…
Mereka perlu menukar kereta dengan menggunakan pas masuk yang berbeza di setiap daerah.
Apa yang lebih memilukan, rakyat Palestin di Tebing Barat (West Bank) DIBUNUH dan ditangkap hampir setiap hari!
Risiko kematian lebih tinggi kerana tiada kemudahan kesihatan dan pengangkutan yang lengkap di kawasan terdekat.
100 lot wakaf : RM 3,000
50 lot wakaf = RM 1,500
10 lot wakaf = RM 300
5 lot wakaf = RM 150
1 lot wakaf = RM 30
Ini adalah gambaran bangunan pusat perubatan yang akan dibina di Um Al Khair, Tebing Barat
Melihat keadaan seperti ini, MyFundAction berinisiatif untuk membangunkan projek Palestine Medical Centre di Um Al Khair, Tebing Barat.
Palestine Medical Centre adalah sebuah pusat perubatan:
✅ Menyediakan kemudahan kepada 20,000 rakyat Palestin yang tinggal di Um Al Khair
✅ Memberi rawatan kecemasan yang pantas terutamanya bagi rakyat Palestin yang cedera
✅ Membantu ibu mengandung untuk melahirkan bayi
Semoga saudara kita di Palestin boleh menikmati kemudahan pusat kesihatan hasil wakaf anda.
Sekurang-kurangnyanya, walaupun kita jauh, inilah usaha yang boleh kita buat untuk bantu mereka kan?
100 lot wakaf : RM 3,000
50 lot wakaf = RM 1,500
10 lot wakaf = RM 300
5 lot wakaf = RM 150
1 lot wakaf = RM 30
Baca Lanjut : Is my donation tax deductible?
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.