Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

Bayi saluran jantung sempit perlu RM7,100 untuk pembedahan

Hati Heenani Osman, 39 benar-benar hancur ketika mengetahui bayinya yang baru saja dilahirkan menderita saluran jantung sempit. Mengimbau peristiwa buruk itu semula, Heenani menceritakan ketika itu anaknya, Muhamad Areeq Danish baru berusia 6 hari.

Doktor mengatakan agar dia dan suami perlu mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan yang buruk. Termasuklah anaknya perlu dibuka saluran jantung untuk melakukan pembedahan.

“Sewaktu Areeq berusia 4 bulan, saya menangis macam orang gila bila terpaksa serahkan anak saya kepada doktor untuk dibuka saluran jantung dia,” cerita Heenani.  

Kami difahamkan, selepas Areeq menjalani operasi buka saluran jantung, dia terpaksa pakai tiub untuk minum susu sehingga dia berumur 8 bulan kerana dia tak pandai menggunakan botol.

“Rasa lega sangat bila tengok perkembangan Areeq semakin baik selepas operasi. Waktu dia 9 bulan, doktor cabut tiub dia dan dia boleh minum susu gunakan botol,” luah Heenani.

Namun, khabar gembira itu tak lama. Bulan 11 tahun lepas, doktor kata saluran jantung Areeq sempit balik dan dia perlu untuk dibedah lagi sekali.

Allah! Anak kecil ini baru saja nak menikmati kehidupan yang lebih selesa namun Tuhan lebih menyayanginya. Dia uji keluarga ini untuk mendekatkan lagi keluarga ini kepada diriNya.

“Saya dan suami bukanlah bergaji besar. Suami kerja kontrak dan saya suri rumah. Dengan pendapatan RM1,000 sebulan, memang tak mampu untuk tampung kos pembedahan Areeq lagi sekali,” sebak Heenani.

Tambahnya lagi, dia ingin membantu suaminya menambah pendapatan bulanan namun dia sendiri ada masalah jantung bengkak dan bergantung kepada ubat sepenuhnya. Sebab itu, Heenani sukar untuk mencari pekerjaan.

Jom warga jiwa baik!

Kita bantu kurangkan beban yang keluarga ni tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Areeq boleh menjalani kehidupan yang normal macam kanak-kanak lain kan?

SUSU KHAS RM30/TIN
LAMPIN RM50/BEG
RAWATAN RM100/BAHAGIAN
PEMBEDAHAN RM200/BAHAGIAN

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)