Ongoing

Tabung Jantung: Pembedahan Demi Pembedahan Erica

Health Accessibility Campaign

Bantu Erica tamatkan siri pembedahan

“SAYA SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI DIA”

Anak adalah harta yang tidak ternilai terutama sekali bagi insan yang bergelar ibu. Justeru, menerima khabar duka tentang kesihatan anak sudah pasti membuatkan si ibu bapa tidak tenang.

Mengimbau kenangan pahit tahun 2012 yang lalu, Wong Wai Jan berkata anaknya Erica disahkan mengalami penyakit jantung berlubang sewaktu masih dalam kandungan.

 

“Doktor periksa kandungan saya seperti biasa dan dari situ doktor beritahu anak saya sakit jantung sebulan sebelum saya bersalin.”

Wong Wai Jan, ibu Erica 

 

PERLU JALANI BEBERAPA SIRI PEMBEDAHAN

Hati ibu mana tidak luluh melihat anak yang terpaksa meneruskan episod pembedahan demi pembedahan dek jantung berlubang yang dihidapi tubuh kecil itu.

Namun, dalam kesedihan melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan itu kini menderita penyakit kronik, semangat perlu dikuatkan demi memastikan permata hati mereka turut bangkit melawan penyakit.

 

“Saya tak sangka anak sulung saya terpaksa menanggung beban penyakit di usia yang terlalu muda. Dia teringin sangat nak sihat macam kawan-kawan di sekolah.”

Lee Kin Yip, bapa Erica

 

HENTIKAN SIRI PEMBEDAHAN ERICA, KONGSI REZEKI BERSAMA

Lee Kin Yip tahan sebak kongsi cerita Erica hidap banyak komplikasi jantung seperti Heterotaxy Syndrome (Isomerism), Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD), Atrioventricular Septal Defect (AVSD), Transposition of the Great Arteries (TGA), Pulmonary Atresia (PA).

 

“Mustahil saya mampu untuk biayai kos pembedahan Erica sebanyak RM100,000! Saya hanya berniaga kecil-kecilan saja kerana syarikat saya bekerja sebelum ini lingkup akibat Covid-19.”

Lee Kin Yip, bapa Erica

 

Bercakap soal kesihatan anak memang membuatkan kita tidak tidur malam. Sama seperti apa yang ibu bapa Erica sedang lalui sekarang. Apatah lagi, penyakit yang dihidapi merupakan ‘pembunuh senyap’.

Beri peluang kepada Erica untuk merasai nikmat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat yang lain. Kongsikan sebahagian daripada rezeki anda bersama mereka yang memerlukan!

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)