Nyawa Hampir Melayang! Doktor Gesa Operasi Segera

Bermula hanya dengan demam dan batuk, siapa sangka bayi berumur 7 bulan menghidap penyakit jantung berlubang?

Ketika kami berjumpa dengan keluarga adik Fatimah Azzehroh, ibunya menceritakan kesihatan adik Fatimah semakin merosot sejak episod dia demam.

“Pihak klinik kata, Fatimah perlu dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut sebab kesihatan dia waktu tu memang teruk,” sebak sambil bercerita.

Selepas adik Fatimah ditahan di wad Hospital Sungai Buloh, doktor mengesahkan yang adik Fatimah menghidap penyakit jantung berlubang.

“Ada ke ibu bapa yang tak sedih bila doktor beritahu macam tu? Kesian sebab dia masih bayi,” ibunya cerita lagi.

Kami dimaklumkan, adik Fatimah kena bergantung dengan mesin oksigen 24/7 semasa di hospital. Dan pernah terjadi satu peristiwa hitam dimana mesin oksigen adik Fatimah berhenti!

Satu badan adik Fatimah biru! Sudah lah jantungnya ada masalah, macam mana nak mengepam oksigen kalau mesin pula berhenti?

“Saya menjerit macam orang gila dalam wad waktu tu. Biar lah orang nak pandang pun asalkan doktor datang,” bersungguh ibunya bercerita.

Sudahlah anak diuji dengan sakit, duit pula tak cukup nak tampung kos pembedahan adik Fatimah.

“Doktor kata dia kena dibedah segera dengan kos RM40,000 sebab lubang di jantung dia dah membesar hampir 1cm tapi duit saya dan suami memang tak cukup,” ibunya mula sebak.

Jom warga jiwa baik!

Kita bantu kurangkan beban yang adik Fatimah tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok adik Fatimah boleh menjalani kehidupan yang normal macam bayi-bayi yang lain kan?

TABUNG MYHEART RM30
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM500

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: FATIMAH AZZEHROH

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)