Ongoing

Tabung Jantung: Sejak Lahir Khalish Alami Masalah Jantung Berlubang

Health Accessibility Campaign

Penantian Anak Sulung Selama 5 Tahun Berakhir Namun Diuji Dengan Masalah Kesihatan

MENGHARAP SINAR CERAH BUAT ANAK 

Seorang ibu tidak berhenti menangis mengenang nasib yang menimpa anaknya sebaik mengetahui anak lelakinya disahkan mengalami masalah jantung berlubang semenjak lahir di hospital.

Ibunya berkata, anaknya dilahirkan secara normal namun sebulan selepas itu, dia ada menunjukkan simptom seperti sukar bernafas, jari dan bibirnya biru serta kerap menangis. 

Puan Nurlizawati, 37 tahun masih mengharapkan sinar cerah buat anaknya, Muhammad Khalish Aryan untuk sembuh dan pulih seperti kanak-kanak seusianya.

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA, anak sulung mereka disahkan pula ada sakit tonsil yang menyebabkan Khalish akan demam setiap bulan. 

Selain itu, Khalish juga disahkan mengalami masalah percakapan yang menyebabkan dirinya akan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan speech therapy

Bagaimanapun, Khalish memerlukan sebanyak RM5,400 bagi menampung kos perbelanjaan keperluan dan rawatannya. 

Suri rumah itu berkata, pendapatan suaminya, Jamalullail yang bekerja sebagai security guard tidak dapat menampung kos rawatan untuk anak mereka itu.

Kos rawatan sebanyak RM100 sebulan, ditambah pula dengan kos keperluan seperti lampin pakai buang dan susu, terkadang memaksa keluarga ini untuk mencatu makanan harian mereka

MENGHARAPKAN RAMADAN KALI INI ADA SINAR BAHARU

“Bagi saya, Ramadan dan Aidilfitri ini sama saja seperti hari-hari yang lain. Kami tidak dapat berkongsi kegembiraan menyambutnya kerana ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan”.

Saya pasti akan beli baju raya untuk anak-anak dan isteri saya dan saya tak kisah pun kalau saya terpaksa pakai baju raya yang lama-lama,” kata Jamalullail.

 

Kirimkan hadiah di bulan Ramadan yang mulia buat keluarga ini yang memerlukan dengan berkongsi sebahagian daripada nikmat rezeki anda.

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)