Ongoing

Seri Yunaa Marissa Hidap Jantung Berlubang, Perlukan RM80,000 Segera

Health Accessibility Campaign

Selamatkan Baby Yunaa Dari Sengsara Yang Ditanggung

TAK SANGGUP BERPISAH BUAT SELAMANYA!

“Tak mungkin seorang ibu boleh berjauhan dengan anaknya. Inikan pula nak berpisah buat selamanya. Minta dijauhkan!”

Ibu muda ini, Seri Mas Ayu, 26 tabah menghadapi ujian apabila satu-satu anaknya mengalami jantung berlubang dan saluran darah sempit.

Seri Yunaa Marissa yang baru berusia lapan bulan memerlukan RM80,000 bagi menjalani pembedahan segera untuk penyakit yang ditanggungnya.

“Suami saya baru saja diberhentikan kerja. Kusut sangat bila fikir dari mana nak dapatkan duit untuk bayar kos pembedahan Yunaa sebanyak RM80,000 tu,” katanya.

Keadaan saluran darah yang tidak normal itu menyebabkan bayi berasal dari Kuala Lumpur ini sering mengalami kekurangan oksigen hinggakan tubuhnya membiru jika terlalu aktif. Jika tidak dirawat…

Yunaa boleh mengalami kesan serius termasuk kematian!!

Ibunya berkata disebabkan penyakit itu, anaknya yang berusia lapan bulan itu terpaksa berulang alik ke dua buah hospital sebulan sekali.

“Hanya Allah SWT tahu perasaan saya ketika itu dan saya hanya mampu menangis. Sekarang ni, saya memang berdoa setiap hari semoga Allah beri kesembuhan segera buat Yunaa.” tambah Mas Ayu. 

Kita semua orang yang lemah. Tapi saat kita saling menolong, kita boleh jadi saling menguatkan. Jom #jiwabaik, kita bantu adik Seri Yunaa nak?

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : CIMB BANK

Nama : Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart)

No akaun : 8603092023

Reference : Yunaa

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)