Ternyata menjadi anak yang lahir tanpa ibu bapa ialah mimpi ngeri bagi setiap kanak-kanak. Perpisahan atau kematian ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapat menikmati belaian, kasih sayang yang cukup sehingga menjejaskan kesejahteraan sosial dan perkembangan anak-anak dari segi pendidikan,emosi dan agama. Suasana berbuka juga pasti terasa suram apatah lagi dengan keadaan yang serba daif.
Rebut Pahala Ramadan ini Dengan Meraikan Anak Yatim
Agama Islam amat menekankan kepada kita betapa pentingnya bersikap baik terhadap anak yatim, bersesuaian dengan Firman Allah dalam Surah Ad-dhuha, ayat 9-1 1 yang bermaksud: ” adapun terhadap anak-anak yatim, maka janganlah engkau bersikap kasar terhadapnya, orang-orang yang meminta-minta, maka janganlah tengking-herdik dan adapun nikmat itu hendaklah engkau sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran”.
Dengan peluang Ramadan kali ni, kami di bawah program Special Iftar For Ummah (SIFU) berinisiatif untuk beri sinar kebahagian kepada anak-anak yatim ini merasai suasana gembira menyambut Ramadan dengan kiriman juadah berbuka yang istimewa serta lazat!
Senarai Rumah anak yatim yang akan kami santuni dengan Pek Iftar Istimewa bagi Fasa Kedua Ramadan.
Ramadan | Senarai Rumah Anak Yatim | Pek Tajaan Iftar |
11 Ramadan | Asrama Damai (Anak Yatim Kuang) | 100 pek |
12 Ramadan | Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Daerah Sabak Bernam | 70 pek |
13 Ramadan | Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari | 100 pek |
14 Ramadan | Baitul Ulfah Centre | 50 pek |
15 Ramadan | Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al- Munirah | 150 pek |
16 Ramadan | Rumah Amal Peribadi Mulia | 100 pek |
17 Ramadan | Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah | 100 pek |
18 Ramadan | Rumah Bakti Nur Ain | 50 pek |
19 Ramadan | Rumah Amal Limpahan Kasih | 50 pek |
20 Ramadan | Rumah Amal Al Firdaus | 100 pek |
Raih Keberkatan Ramadan dengan kirimkan Pek Tajaan Iftar untuk Anak Syurga
Semoga usaha kecil kita ini menjadi asbab untuk Allah ampunkan dosa-dosa kita menjelang Ramadan, Insya Allah.
*Penafian:Jumlah penerima bagi setiap rumah anak yatim mungkin berubah mengikut keadaan*
PERHATIAN
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran melalui billpIz, anda boleh berkongsi rezeki secara manual melalui nombor akaun
MAYBANK |
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.