Ongoing

Ramadan dan Syawal ialah Bulan Paling Menyedihkan Di Dunia Untuk Adik Rahman

Food Security Campaign

Peluang Terbaik Gembirakan Anak Yatim Agar Pahala Puasa Mereka Menjadi Saham Akhirat Anda

Ramadan Mengukir Sinar Kebahagian Untuk Anak Syurga

Ternyata menjadi anak yang lahir tanpa ibu bapa ialah mimpi ngeri bagi setiap kanak-kanak. Perpisahan atau kematian ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapat menikmati belaian, kasih sayang yang cukup sehingga menjejaskan kesejahteraan sosial dan perkembangan anak-anak dari segi pendidikan,emosi dan agama. Suasana berbuka juga pasti terasa suram apatah lagi dengan keadaan yang serba daif.

Rebut Pahala Ramadan ini Dengan Meraikan Anak Yatim

Agama Islam amat menekankan kepada kita betapa pentingnya bersikap baik terhadap anak yatim, bersesuaian dengan Firman Allah dalam Surah Ad-dhuha, ayat 9-1 1 yang bermaksud: ” adapun terhadap anak-anak yatim, maka janganlah engkau bersikap kasar terhadapnya, orang-orang yang meminta-minta, maka janganlah tengking-herdik dan adapun nikmat itu hendaklah engkau sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran”.

Dengan peluang Ramadan kali ni, kami di bawah program Special Iftar For Ummah (SIFU) berinisiatif untuk beri sinar kebahagian kepada anak-anak yatim ini merasai suasana gembira menyambut Ramadan dengan kiriman juadah berbuka yang  istimewa serta lazat!


Senarai Rumah anak yatim yang akan kami santuni dengan Pek Iftar Istimewa bagi  Fasa Pertama Ramadan

Ramadan  Senarai Rumah Anak Yatim  Pek Tajaan Iftar 
1 Ramadan Asrama Damai (Anak Yatim Kuang)  100 pek
2 Ramadan  Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Daerah Sabak Bernam  70 pek 
3 Ramadan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari  100 pek 
4 Ramadan  Baitul Ulfah Centre  50 pek 
5 Ramadan  Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al- Munirah  150 pek 
6 Ramadan Rumah Amal Peribadi Mulia  100 pek 
7 Ramadan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah  100 pek 
8 Ramadan Rumah Bakti Nur Ain  50 pek 
9 Ramadan Rumah Amal Limpahan Kasih  50 pek
10 Ramadan Rumah Amal Al Firdaus  100 pek 

 


         Raih Keberkatan Ramadan dengan  kirimkan Pek Tajaan Iftar untuk Anak Syurga

Semoga usaha kecil kita ini menjadi asbab untuk Allah ampunkan dosa-dosa kita menjelang Ramadan, Insya Allah.

 *Penafian:Jumlah penerima bagi setiap rumah anak yatim mungkin berubah mengikut keadaan*

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar for Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)