Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

Sel Kanser Tumbuh di Merata Tubuh Termasuk Otak!

Luluh hati sepasang suami isteri melihat anak kesayangan menderita sakit dalam usia yang terlalu muda dan perlu menjalani pelbagai rawatan.

Norharimah Johari, ibu Muhammad Adi Putera berkata, anak mereka terpaksa melalui episod rawatan setelah disahkan menghidap kanser Limfoma Burkitt tahap 4 sewaktu dia berusia 2 tahun.

“Adi ditahan selama 9 hari untuk menerima rawatan dan buat MRI. Keputusan menunjukkan dia suspek kanser,” luah Rima.

Sepanjang berada di Hospital Alor Setar, doktor mendapati bahawa sel kanser di tulang belakang Adi sudah ada banyak. Burkitt limfoma tumbuh di merata tubuhnya termasuk di otak!

Namun yang lebih banyak tumbuh dalam badan adik Adi adalah di bahagian tulang belakangnya. Maka, bermula lah episod menjalani kimoterapi sebanyak 9 kali.

Tetapi, sewaktu proses kimoterapi yang kelima, Adi mula menunjukkan prestasi yang merosot. Suhu badannya mula naik dengan mendadak sehingga mencecah kepada suhu 41. Adik dikejarkan ke ICU selama 2 hari di Hospital Penang.

Kami dimaklumkan, kimo pod Adi sudah dijangkiti kulat dan itu yang menyebabkan kesihatan adik Adi merosot. Dia perlu melalui pembedahan yang segera untuk digantikan yang baru!

Jom warga jiwa baik!

Kita bantu kurangkan beban yang Adi tanggung boleh? Mesti seronok dapat tengok Adi boleh menjalani kehidupan yang normal macam kanak-kanak lain kan?

KEPERLUAN RAWATAN (RM1,800+-)
RM150/bahagian
SUSU KHAS (RM3,800+-)
RM100/tin
LAMPIN PAKAI BUANG (RM2,400+-)
RM50/beg

*Pesakit akan dibantu selama setahun

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 562142423145
Rujukan: Adi Putera

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)