Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

Sakitnya Kemoterapi Ni ?

Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera, awak apa khabar? Moga-moga awak berada dalam kesihatan yang sempurna, bahagia & gembira bersama keluarga serta sahabat yang tercinta.

Dibawa lagi adik Syahadah ke hospital lain, selepas ujian demi ujian, punca atau sakit sebenar masih samar-samar.

Atas ihsan seorang kawan, ujian yang lebih komprehensif dijalankan. Ujian demi ujian dilakukan sehingga selesai. Pada usia 4 tahun, adik Nur Syahadah Wahidah telah disahkan menghidap kanser otot (Alveolar Rhabdomyosarcoma).

“Pembedahan perlu dibuat untuk buang ketulan ni, dan kalau sel kanser ni dah merebak, ada kemungkinan kaki Syahadah terpaksa dibuang.”

Terduduk ibu & ayah Syahadah mendengar perkataan ini. Dunia seakan berpusing 7 saat yang pertama, kemudian gelap gelita. Air hangat mulai keluar daripada kelopak mata.

“Ya Allah, ambillah kaki aku bukan kaki anakku.”

“Ya Allah, biarlah aku yang sakit bukan anakku”

1001 pengharapan dan doa dipanjatkan. Bukan mudah untuk ibu & ayah Syahadah menerima berita ini.

Beberapa minggu selepas didiagnos, pembedahan dijalankan. Alhamdulillah, berjaya. Ketulan berjaya dibuang dan sel kansernya masih belum merebak ke seluruh kaki. Kakinya tidak perlu dikorbankan, cuma ada bahagian otot kakinya yang terpaksa dibuang.

Sekarang, adik Nur Syahadah terpaksa menjalani rawatan kimoterapi dengan kekerapan sekali seminggu. Dan setiap kali rawatan kimoterapi dijalankan, adik Syahadah akan diserang demam panas.

Berapakah kos perbelanjaan rawatan serta keperluan Syahadah setiap bulan?

RM1200.

Awak tahu gaji ayahnya berapa?

RM1200 juga.

Ibunya tidak bekerja untuk menjaga Syahadah yang memerlukan perhatian khusus.

Sebab itu adik Syahadah perlukan bantuan kita semua untuk dapatkan rawatan serta keperluan yang sempurna.

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” – (HR Muslim)

Moga Allah meringankan beban serta ujian buat awak sekeluarga di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Amiin.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)