Ongoing

MASJID TRONOH

Uplifting Education Campaign

JEMAAH MASJID TERPAKSA SOLAT DI HADAPAN TEMPAT WUDUK KERANA TIDAK MUAT

Di kawasan kita mungkin masjidnya cantik  lapang dan selesa namun sebaliknya bagi penduduk di mukim Tronoh Perak ini.

“Pembinaan Naik Taraf Masjid Ar Rahmaniah Tronoh Terbengkalai Sejak 6 Tahun Lepas, Manakala Masjid Lama Sempit & Hanya Mampu Tampung 280 Jemaah Saja”.

Dengan kepadatan penduduk dianggarkan 10000 muslim di mukim Tronoh,Perak yang terdiri daripada 12 taman, 5 kampung dan sebuah universiti, masjid yang berusia 57 tahun ini hanya mampu menampung 280 jemaah dalam satu-satu masa.

Jemaah yang hadir terpaksa solat di kawasan wudhuk dan yang lebih menyedihkan ada yang tak dapat menunaikan solat jumaat kerana ruang terlalu sempit dan situasi ini telah berlarutan selama beberapa tahun.Cadangan untuk membina masjid baru telah dimulakan sejak 6 tahun lepas namun sehingga kini pihak masjid hanya mampu mengumpul RM500000 bagi keperluan pembinaan masjid ini

Justeru itu,kami dari MyFundAction bekerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Ar Rahmaniyah Tronoh dalam usaha untuk  membina masjid baru  yang akan menjadi sinar baru buat penduduk di mukim Tronoh.

Pembinaan masid baru ini dapat menampung 1500 orang jemaah dalam satu-satu masa, dilengkapi dengan fasiliti yang lebih besar dan  selesa yang mesra Muslimah dan OKU . Bersebelahan masjid baru ini juga akan dibina sebuah maahad tahfiz untuk mengimarahkan lagi pembangunan syiar Islam di Kawasan ini.

IMPIAN YANG DINANTIKAN OLEH PENDUDUK  TRONOH SEMAKIN TERCAPAI

Pembinaan telah memasuki fasa 2 (fasa pembersihan tanah dan piling) dan kini kami sedang mengumpul dana untuk memasuki fasa 3.

[KEPERLUAN DANA PEMBINAAN LENGKAP : RM6,000,000]

DANA FASA 1 DIPERLUKAN : RM600,000 (telah selesai)

DANA FASA 2 DIPERLUKAN : RM2,500,000

DANA TELAH TERKUMPUL : RM713,360

BAKI DANA DIPERLUKAN : RM1,786,640

Kami dari MyFundAction bekerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Ar Rahmaniyah Tronoh dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini dengan membuka tabung wakaf buat pembinaan masjid baru ini .

Dengan pembinaan masjid baru ini anda dapat memberi kegembiraan lebih daripada 10000 orang penduduk di sana.. Kami ada menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama kami dalam merealisasikan projek ini.

Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

PAKEJ A – RM500

PAKEJ B – RM200

PAKEJ C – RM100

PAKEJ D – RM50

PAKEJ E – RM30

KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHMANIAH?

(1)   Dewan solat akan diperbesar bagi menampung jumlah penduduk yang semakin ramai.

(2)  Penyediaan fasiliti yang lebih lengkap untuk memudahkan pengurusan ahli kariah masjid dan warga penduduk kampung seluruhnya seperti bilik jenazah yang lebih lengkap dan luas, rumah musafir serta gerai-gerai kecil untuk membantu peniaga kecil sekitar.

(3)   Sebagai tempat menyatukan penduduk Tronoh dalam melakukan segala aktiviti ibadah.

(4)  Aktiviti-aktiviti seperti pernikahan, kelas keagamaan dan ibadah setiap hari akan menjadi lebih baik untuk mereka.

(5)  Melengkapkan wilayah perkampungan sebagai kawasan penduduk yang beragama Islam.

Sabda Rasulullah SAW: 

Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.

BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?

Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

PAKEJ A – RM500

PAKEJ B – RM200

PAKEJ C – RM100

PAKEJ D – RM50

PAKEJ E – RM30

Untuk transaksi WAKAF secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : MAYBANK

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

No akaun : 5505 1097 0053

Sila letakkan rujukan “WAKAF MASJID“

Ayuh kita bersama-sama membina rumah Allah. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan masjid baharu ini.

Keterlibatan dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Perak Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)