Ongoing

Ongoing

Health Accessibility Campaign

“Kenapa anak aku jadi macam ni?”

Sebak dengar kisah cabaran Kak Zainun sebagai ibu tunggal yang terpaksa jaga anak sulungnya, Azlan, 32 yang sakit.

Apa yang kami kagum dengan Kak Zainun, walaupun umurnya sudah mencecah 61 tahun, tapi masih ada kudrat untuk menguruskan Azlan seperti menukar stoma beg dan ulang alik ke hospital.

“Akak trauma sebenarnya nak ke hospital tapi demi nak tengok Azlan sihat, akak gagahkan juga kaki ke sana,” Kak Zainun sambung bercerita.

Kami sempat juga bertanya, apa yang Kak Zainun traumakan tu?

Jawabnya, dia trauma lihat doktor beberapa kali buka bekas pembedahan apendiks Azlan yang menyebabkan Azlan terlantar hampir 3 bulan di hospital.

“Sekarang ni, Azlan terpaksa bergantung dengan beg stoma seumur hidup!” sambungya.

“Akak biar tak makan, tak ada duit. Asal siap barang-barang rawatan dia dulu,” sebak Zainun.

Bergelinang juga air mata kami bila Kak Zainun cerita tentang pengorbanan dan kasihnya dia pada Azlan yang diuji sakit sekarang ni.

Dari Kak Zainun, kami belajar erti syukur. Sesusah-susah kita, masih ramai lagi di luar sana yang lebih susah.

Jom warga jiwa baik!

Kak Zainun perlukan sokongan kita. Inilah peluang kita untuk permudahkan urusan Kak Zainun dan Azlan sekeluarga.

Moga-moga dengan usaha kecil kita ni, mampu ukirkan senyuman untuk mereka sekeluarga.

Kos Ubat-Ubatan
RM30/bahagian
Beg Stoma
RM150 (60pcs/kotak)

*Bantuan akan diberi selama setahun

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: AZLAN JAMIR

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)