Ongoing

Tabung Alatan Perubatan: Isteri Calon Penghuni Syurga, Berkorban Jaga Suami Sakit

Health Accessibility Campaign

Bantu Ringankan Beban Keluarga Azman Ramadan Ini

“BUKAN MUDAH NAK JAGA PESAKIT MENTAL”

Kasih sayang seorang isteri sukar dipertikaikan apatah lagi sanggup berhenti kerja demi menjaga suami tercinta dan berkongsi derita.

Pengorbanan ibarat ‘calon penghuni syurga’ itu bukan sahaja atas dasar tanggungjawab tetapi didorong oleh perasaan cinta yang telah dilafaz sejak diijabkabul.

Suhailah, 50, isteri kepada Azman, 58, seorang warga emas yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bergelut dengan masalah kewangan bagi merawat suaminya yang memerlukan penjagaan rapi. 

Lebih terbeban apabila suaminya berstatus OKU dalam kategori mental. Selain badan suaminya lumpuh separuh, Azman hanya boleh bergerak dengan bantuan isterinya. 

“Bukan mudah nak jaga pesakit mental. Banyak air mata saya mengalir sepanjang menjaganya namun saya masih sayangkan ‘syurga’ saya,” sebak Suhailah.

“Saya sudah pesan banyak kali kalau nak buang air kecil harus ke tandas. Tapi, disebabkan keadaan mentalnya, dia akan buang air merata juga,” luah Suhailah. 

Menurut Suhailah, suaminya sebelum diserang strok merupakan seorang suami yang penyayang. Namun, peristiwa hitam ini semua berlaku pada tahun 2018 dimana Azman pernah mengalami kemalangan mengakibatkan Azman harus memakai tongkat. 

Ujian terus hadir buat Suhailah sekeluarga apabila Disember 2019, Azman diserang strok dan ternyata dia mempunyai masalah psikiatri sedia ada tanpa disedari. Kini, Suhailah terpaksa berhenti kerja kerana menjaga kebajikan suami tercinta sepenuh masa. 

KIRIM SINAR RAMADAN, LIPAT GANDAKAN PAHALA 

“Ramadan kali ni sama saja macam tahun lepas. Kalau nak dibandingkan semasa suami saya masih sihat,  kami sekeluarga memang ternanti-nanti untuk bersahur dan berbuka bersama walau juadahnya hanya sederhana,” luah Suhailah.

“Seronoknya kalau kami dapat berkumpul bersama macam sebelum ni. Sekarang ni memang takkan dapat dah momen-momen indah macam tu,” tangisnya lagi.

Ramadan akan muncul tak lama lagi dengan diiringi sambutan Aidilfitri, namun Azman masih terlantar di katil tidak mampu berbuat apa-apa.

Hadiahkan sinar Ramadan buat Suhailah sekeluarga dengan berkongsi nikmat rezeki anda!

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : CIMB BANK

Nama : Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart)

No akaun : 8603092023

Reference : Azman

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)