Siapa yang tidak sedih, apabila kehilangan separuh jiwa dan tempat bergantung secara tiba-tiba?
Hilang suami tempat bergantung
Hilang sumber semangat
Hilang mata pencarian keluarga
Pemergian suami Puan Ajran betul-betul memberikan tamparan kuat buat dia dan keluarga.
Dengan kondisi Puan Ajran yang menghidap penyakit kencing manis kronik, kini dia ‘kudung’ kaki sebelah kanan.
Puan Ajran perlu mencuci luka kakinya setiap hari dan memakan kos yang tinggi.
Kos rawatan penyakitnya dianggarkan kira-kira RM6,500.00
Ketika kami menziarahi Puan Ajran, sempat dia meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya.
“Akak buntu, dik. Dengan keadaan akak yang macam ni (kudung), akak nak urus diri pun susah sangat.. macam mana akak nak cari duit untuk anak-anak??”
Suasana yang sedia sunyi bertukar hiba. 🥺
Berat ujian yang dia perlu tanggung sendirian.
Jom warga jiwa baik!
Kita bantu kurangkan beban Puan Ajran sekeluarga boleh?
Kami nak ajak Tuan/ Puan untuk hadiahkan semula senyuman buat Puan Ajran.
Tuan/ Puan boleh sama-sama santuni Puan Ajran dan pesakit-pesakit kami yang lain menerusi pakej di bawah:
Sekiranya anda menghadapai sebarang masalah untuk perbankan internet, anda juga boleh salurkan ke
PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART) CIMB Bank |
Disclaimer:
Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Puan Ajran dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.