NAK SAMBUT RAMADAN PERLU ADA PERSEDIAAN. AYUH BERWAKAF BAGI PEMBELIAN BANGUNAN SEKOLAH ISLAM DI TOKYO, JEPUN
(Boleh niatkan wakaf untuk diri sendiri, ibu bapa tercinta yang masih hidup/meninggal dunia, keluarga atau kenalan yang pernah berbudi mahupun berhutang tetapi terputus hubungan)
PERKEMBANGAN MUSLIM DI JEPUN
Alhamdulillah, jumlah Muslim di Jepun semakin bertambah dari hari ke hari. Statistik pada tahun 2010 menunjukkan jumlah peduduk Jepun Muslim adalah sebanyak 100,000 manakala 300,000 penganut agama Islam yang lain terdiri daripada pendatang negara lain yang bekerja dan mula menetap di Jepun.
AKIDAH ANAK-ANAK JEPUN PADA TAHAP YANG MEMBIMBANGKAN
Walaupun jumlah itu semakin meningkat sehingga kini, ada dalam kalangan generasi ke-2 di Jepun yang semakin hilang identiti Muslim. Baik warga Jepun sendiri mahupun anak-anak Islam dari pendatang luar.
Ada yang minum arak, ada yang murtad apabila meningkat umur remaja dan kebanyakannya tidak mengamalkan nilai hidup sebagai seorang Muslim melainkan pada upacara tertentu seperti perkahwinan dan pengebumian.
BANTU SELAMATKAN AKIDAH MEREKA
Kami melihat ini sebagai satu peluang dan amanah untuk kita sama-sama bantu sebar luaskan dakwah di Jepun iaitu dengan menyediakan kelas-kelas agama dan budaya Islam di Tokyo.
MyFundAction dengan kerjasama Japan Islamic Trust sedang berusaha untuk membeli sebuah bangunan tiga tingkat di bandar Tokyo yang akan digunakan sebagai:
Sekolah Islam Darjah 1-6
Kelas Bahasa Arab dan Quran Dewasa dan
Pusat Komuniti dan Aktiviti Kebudayaan
Tanpa sokongan kita, komuniti Islam tidak dapat mempelajari Islam dengan lebih baik dan jumlah umat Islam di sana akan berkurang.
Sudikah anda berkongsi RM 30 untuk satu nama bagi melebarkan dakwah Islam di bumi Jepun?
Berwakaflah sebagai persiapan amalan untuk dibawa ke negeri akhirat kelak. Ajak keluarga dan rakan tercinta untuk sertai wakaf Bangunan Sekolah Islam Antarabangsa (International Islamic School Otsuka – IISO)
Firman Allah swt dalam As Saff 61:10-11.
Kita boleh juga hadiahkan wakaf untuk atas nama keluarga dan ibu bapa yang telah meninggal dunia. Nilai RM 30 sememangnya kecil, tapi cukup bermakna untuk menyokong aktiviti dakwah di Tokyo, Jepun.
Wakaf 1 lot/nama – RM30
Wakaf 2 lot/nama – RM60
Wakaf 3 lot/nama – RM90
Wakaf 5 lot/nama – RM150
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.