Ongoing

Ongoing

Flood Relief Mission

Emergency Relief Campaign
  • MyFA
  • /
  • Flood Relief Mission

Siap Siaga Misi Kecemasan Banjir 2024

Banjir 2024 Dijangka Terburuk Sepanjang 20 Tahun!

 

Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah telah pun bermula. Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran siap siaga banjir yang dijangka berterusan sehingga awal Januari.

Seperti tahun-tahun yang lalu, MyFundAction tetap komited untuk menjadi ‘frontliners’ dalam sama-sama membantu menjadi pemudah cara dan menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana.

Pihak MyFundACtion CDA-ERT bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah memulakan misi banjir di sekitar Selangor, Perak dan Pahang mulai Oktober yang lalu. Misi seterusnya menuju ke Kelantan yang merekodkan jumlah mangsa bencana yang paling tinggi.

Antara pakej bantuan yang akan diedarkan adalah:

  • Pek makanan sedia dimakan
  • Kit Kebersihan 
  • MyFunKit khas untuk kanak-kanak
  • Kit Makanan Asas

Untuk memastikan misi ini berjaya mencapai objektif menyelamatkan serta memberikan bantuan yang secukupnya kepada mangsa, kami menjemput Tuan/ Puan untuk turut serta brekongsi rezeki mencukupkan keperluan mereka.

Setiap ringgit yang dikongsikan sangat bermakna buat mereka.

Updates on Flood Relief Mission
19 Oktober 2024 MyFundAction Prihatin Mangsa Banjir Alor Setar
Kedah

 

Pada 19 Oktober lalu, pasukan MyFund Action telah turun padang ke Alor Setar bagi melaksanakan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Sebanyak 135 pek lauk daging RTE siap dimakan berjaya diagihkan menerusi empat siri misi dan diharapakan dengan usaha ini dapat meringankan beban mangsa banjir serta membawa sedikit keceriaan di saat sukar.

Read more

29 November 2024 Misi Prihatin Banjir Pasir Mas
Kelantan

 

Sebanyak 100 Kotak Rezeki Ummat telah diagihkan pada 29 November 2024 melalui dua misi berasingan untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat banjir di daerah Pasir Mas.

Bantuan tersebut disalurkan ke Kampung Bakat dan Guai Periuk, dengan setiap kawasan menerima 50 kotak. Misi ini melibatkan usaha gigih dua orang sukarelawan di setiap kawasan, memastikan setiap bantuan sampai tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Read more

 

30 November 2024 760 Pek Lauk Daging RTE
Kelantan

 

Pada 30 November 2024, sebanyak 760 pek lauk daging RTE dan 10 kotak Rezeki Ummat berjaya diagihkan melalui empat misi berasingan di kawasan terjejas banjir di Machang, Kelantan. Bantuan ini disalurkan ke empat lokasi utama: APM Machang, UiTM Machang, PPS SK Sg Bagan, dan PPS SK Bandar.

Setiap misi melibatkan 1 orang sukarelawan, dengan kerjasama erat daripada UiTM Machang dan APM Kelantan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pengagihan.

Read more

 

1 Disember 2024 3,174 Bantuan Simbol Solidariti
Terengganu, Kelantan

 

1 Disember 2024, sebanyak 398 Kotak Rezeki Ummat, 2,255 Pek Lauk Daging RTE, 295 Pek Lauk Ayam RTE, 196 Mini Hygiene Kit, 20 Kit Emosi dan 10 unit Sanitary Pampers telah diagihkan dalam sembilan misi berasingan merentasi negeri Terengganu dan Kelantan.

Di Terengganu, bantuan diedarkan di kawasan Kuala Terengganu, Marang, Besut dan Kuala Nerus, termasuk di pusat pemindahan seperti IPK Kuala Terengganu, PPS SK Gemuruh, PPS Che Long, serta kampung-kampung yang terjejas seperti Kg Pengkalan Setar dan Kg Pasir Puteh.

Manakala di Kelantan, bantuan disalurkan ke kawasan seperti APM Tanah Merah, Kg Kursial Baru, Kg Chekoq Ipoh, Luxury Garden Kota Bharu dan Kg Pohon Tanjung dengan kerjasama strategik antara UiTM Machang dan APM Kelantan.

Operasi ini turut melibatkan penyertaan seramai 198 sukarelawan dengan sokongan daripada rakan kolaborasi seperti IPK Kuala Terengganu, Skuad Waja, Jabatan Pembangunan Wanita dan ketua kampung tempatan.

Read more

2 Disember 2024 Bantuan Bagi Lima Misi Berasingan
Kelantan

2 Disember 2024, sebanyak 72 Kotak Rezeki Ummat, 360 Pek Lauk Daging RTE, 60 Pek Lauk Ayam RTE, dan 120 Mini Hygiene Kit telah diagihkan dalam lima misi berasingan di sekitar Kelantan. Kawasan yang menerima bantuan ini termasuk UMK Bachok, PPS SK Pengkalan Kubur 2, APM Kelantan, Rantau Panjang, dan Kg Melor.

Setiap misi ini dilaksanakan dengan penyertaan 1 orang sukarelawan dan melibatkan kerjasama erat antara UiTM Machang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan.

Read more

7 Disember 2024 240 Pek RTE Lauk Daging
Melaka dan Johor

 

Pada 7 Disember 2024, sebanyak 240 Pek Lauk Daging RTE telah diagihkan dalam dua misi berasingan bagi membantu komuniti terjejas banjir di kawasan Johor dan Melaka. Kawasan edaran meliputi PPS Dewan Penghulu Long, Johor dan SK Kg Parit Penghulu, Melaka, dengan setiap lokasi menerima 120 pek bantuan.

Setiap misi ini dilaksanakan dengan penyertaan 1 orang sukarelawan. Walaupun tiada rakan kolaborasi yang terlibat, misi ini berjaya memastikan keperluan mendesak komuniti di kawasan terjejas banjir dapat dipenuhi.

Read more


 

9 Disember 2024 1,095 Bantuan Disalur dengan Kerjasama APM & Bursa Malaysia
Pahang

 

Tiga misi telah dilaksanakan pada 9 Disember 2024, bagi membantu komuniti yang terjejas banjir di kawasan Maran, Pahang. Bantuan yang disalurkan merangkumi:

  • 15 Kotak Rezeki Ummat
  • 784 Pek Lauk Daging RTE
  • 72 Mini Hygiene Kit
  • 224 Item lain (makanan)

Misi ini melibatkan 9 orang sukarelawan yang bekerja keras memastikan setiap bantuan sampai ke sasaran dengan lancar. Sokongan padu daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bursa Malaysia turut menjadi tunjang utama kejayaan misi ini.

Read more

 

14 Disember 2024 Misi Prihatin Kg Buaya Daran & Kg Changgai
Kelantan

 

Pada 14 Disember 2024, dua misi kemanusiaan berjaya dilaksanakan di Kg Buaya Daran dan Kg Changgai, Kelantan, bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir. Bantuan meliputi 100 Kotak Rezeki Ummat dan 80 Mini Hygiene Kit telah diberikan.

Seramai 40 sukarelawan bagi setiap misi (jumlah keseluruhan 80 sukarelawan) berganding bahu memastikan bantuan sampai tepat ke tangan penerima.

Misi ini turut disokong erat oleh UiTM Machang, yang memainkan peranan penting dalam kelancaran setiap langkah agihan.

Read more

No results found.

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Flood Relief Mission Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)