Ongoing

Food Security Campaign

Satu Daripada 20 Kanak-Kanak Bawah Umur Lima Tahun Derita Malnutrisi Yang Teruk

 

Amaran! Yaman Di Ambang Kebuluran!

Pada masa ini, 93% kanak-kanak di Yaman menderita dan memerlukan bantuan kerana keganasan yang terus memusnahkan negara.

 

Ini bermakna berjuta-juta kanak-kanak menghadapi risiko kematian, kecederaan, kebuluran dan penyakit pada masa ini.

 

Pernahkah anda lihat bayi yang mudah letih dan kurus kering akibat kekurangan makanan?

Kesemua warga Yaman tidak mengira lelaki, wanita mahupun kanak-kanak telah berjuang selama enam tahun untuk kelangsungan hidup mereka semenjak berlakunya krisis tersebut pada tahun 2015.

 

Bahkan, untuk mendapatkan makanan sahaja adalah satu tugas yang sukar bagi kebanyakan keluarga di seluruh Yaman.

 

Ditambah pula dengan keganasan yang melanda negara tersebut yang akhirnya telah memusnahkan mata pencarian serta menjejaskan peluang bagi rakyat di sana untuk mencari nafkah.

 

Kini, seramai 9.6 juta rakyat Yaman yang diambang kebuluran akibat daripada kekurangan wang dan makanan.

Membesar di Yaman amatlah sukar disebabkan oleh kesan daripada peperangan yang berlanjutan sehingga menjejaskan sektor perkhidmatan awam dan juga ekonomi.

 

Oleh yang demikian, krisis malnutrisi telah menjadi satu masalah yang amat serius khususnya terhadap bayi yang baru lahir dan juga bagi kanak-kanak.

 

Krisis Makanan Yang Teruk Boleh Mengakibatkan Kematian

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) telah mengisytiharkan Yaman sebagai satu negara yang mengalami krisis kemanusiaan terbesar di dunia. 

 

Menurut data daripada organisasi Program Makanan Sedunia(WFP), 20.1 juta rakyat Yaman iaitu melebihi separuh daripada populasi keseluruhan alami kelaparan dan 10 juta daripada rakyat tidak berhasil atau tidak mampu untuk mendapatkan sumber makanan yang berkhasiat.

 

Bantuan kemanusiaan daripada negara lain merupakan satu-satunya talian hayat yang sangat diperlukan bagi ratusan ribu rakyat Yaman yang sedang dalam kelaparan.

 

Bukan sahaja mengalami masalah kekurangan makanan yang dihadapi mereka, malah mereka juga perlu berhadapan dengan masalah bekalan susu yang sukar untuk didapatkan.

 

Hal ini seterusnya akan menyebabkan kanak-kanak di sana tidak dapat menerima khasiat yang secukupnya bagi tumbesaran mereka pada peringkat awal ini.

Menurut staf UNICEF yang berada di Sana’a, kemerosotan bilangan wanita yang mengasuh bayi mereka di Yaman telah menyumbang kepada peningkatan kadar malnutrisi yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

 

Menurut data yang dikeluarkan oleh organisasi Program Makanan Sedunia (WFP) pada tahun 2014, separuh daripada bilangan kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun di Yaman mempunyai masalah tumbesaran yang terbantut.

 

Ditambah pula dengan satu juta rakyat yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang kritikal dan jika tidak dikawal serta dirawat dengan segera, hal ini seterusnya boleh mengakibatkan berlakunya kematian.

 

Bantu Selamatkan Kanak-Kanak Yaman Di Tengah Krisis Kemanusiaan

Kami perlukan bantuan anda untuk menguatkan lagi sokongan terhadap tugas kemanusiaan kami. Kami mahu membantu menjaga banyak nyawa kanak-kanak dek krisis makanan yang berlaku di Yaman yang semakin hari semakin teruk.

Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan mengagihkan bantuan roti kepada 20 keluarga terjejas sebanyak tujuh kali sebulan di Kem Al-Amal di Marib.

 

Sasaran kami adalah untuk menyediakan sebanyak 245 keping roti bagi satu keluarga dalam tempoh sebulan.

 

1 keluarga = 35 keping roti x 7 kali

Anggaran kos 245 keping = RM50

20 keluarga = 4,900 kampit roti

Food Basket merupakan bekalan makanan asas berisi beras, gula , tepung, susu, minyak, kekacang dan pasta yang boleh bertahan selama sebulan.

 

Sasaran kami adalah untuk menyediakan satu kotak bagi satu keluarga dalam tempoh sebulan.

 

1 keluarga = 1 kotak/sebulan 

Anggaran kos 1 kotak = RM210

 

Bekalan roti dan food basket ini adalah untuk memastikan mereka mendapat bekalan makanan berkhasiat yang secukupnya.

 

Harapan kami agar para ibu-ibu dapat menghasilkan susu mereka sendiri bagi keperluan nutrisi anak-anak mereka.

 

Mari bersama-sama membantu rakyat Yaman keluar daripada penderitaan yang mereka telah alami.

 

Semoga anda dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah berkat daripada bantuan anda kepada saudara-saudara kita di sana.

 

APA YANG ANDA TUNGGU LAGI? INILAH MASANYA UNTUK ANDA SELAMATKAN NYAWA MEREKA INI!

 

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat mereka:

1 KELUARGA = RM50 

2 KELUARGA = RM100 

3 KELUARGA = RM150

 

 

 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Peduli Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)