Ongoing

Ongoing

Uplifting Education Campaign

Hadiahkan Haengbok (Kebahagiaan) Paling Bermakna

 

 

Beberapa bulan lepas, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan melampau segelintir penduduk di daerah Daegu, Korea yang meletakkan 3 kepala khinzir di hadapan tapak pembinaan masjid sebagai tanda protes.

Dan itu cumalah kemuncaknya.

Sebenarnya usaha untuk menghalang pembinaan masjid ini telah berlangsung sejak 2 tahun lepas lagi.

Cerucuk-cerucuk pembinaan dibina di sekeliling bangunan supaya kenderaan-kenderaan tidak dapat masuk untuk meneruskan kerja pembinaan.

 

 

Dan Islamophobia di Korea bukanlah satu perkara yang baru sebenarnya ?

Pada tahun 2015, sesetengah universiti di Korea Selatan mengharamkan pemakaian hijab.

Pada tahun 2016, seorang lelaki telah bertindak mengoyak serta membakar mushaf-mushaf al-Quran di dalam perkarang masjid di Seoul, Korea.

Pada tahun 2019 terjadinya kontroversi yang hampir sama seperti di Daegu. Pembinaan masjid di Busan diganggu, protes demi protes dilakukan.

Dan sehingga ke hari ini, saudara-saudara kita masih ditindas serta didiskriminasi.

 

 

Keadaan ini menyukarkan usaha dakwah di Korea untuk terus bergerak.

Saudara-saudara kita yang baru kembali kepada Islam sebahagiannya berputus-asa apabila didiskriminasi serta dipulaukan keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Sebab itu sejak 2021, kita telah menggerakkan sukarelawan-sukarelawan kita (yang sebahagian besarnya merupakan mahasiswa disana) untuk mengadakan pelbagai inisiatif untuk memastikan saudara-saudara baru kita disana mendapat sokongan yang secukupnya.

 

Antara inisitatif yang telah kita lakukan disana:

 

✔️Kelas fardu ‘ain serta pengajian al-Quran diadakan setiap minggu secara percuma di beberapa buah masjid di sekitar Seoul.

 

✔️Puluhan program diadakan untuk menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat sebagai usaha mengurangkan Islamophobia di Korea.

 

✔️Ratusan Haengbok Box telah diedarkan kepada saudara-saudara kita yang baru kembali kepada Islam.

 

Apa isi kandungan Haengbok Box ini?

 

 

Bayangkan, dengan sedikit rezeki yang Tuan/Puan kongsikan, menghidupkan kembali harapan mereka untuk bertuhan.

Dalam usaha untuk mempergiatkan usaha dakwah ini, tahun ini kita menyasarkan untuk mengedarkan 500 Haengbok Box kepada saudara-saudara baru kita melalui pelbagai program outreach yang akan dijalankan.

 

 

Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, jadi dia tidak boleh menindasnya, dan juga tidak boleh menyerahkannya kepada penindas.

Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi keperluannya; barangsiapa yang menghilangkan kesulitan seorang saudaranya, Allah akan menghilangkan kesulitannya di Hari Kiamat; dan barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat.”

 


 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Akaun Maybank: 564294307891
Nama Akaun: Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
Reference : HaengbokKorea

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Haengbok Box Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)