Ongoing

Ongoing

Selamatkan Mereka Daripada Mati Kelaparan

Food Security Campaign
  • MyFA
  • /
  • Kilang Roti Syria

 

REBUT GANJARAN BULAN REJAB

Hilangkan kelaparan 15,000 keluarga di Syria sekarang

 

 

Di Syria ribuan kanak-kanak kecil meninggal dunia setiap tahun disebabkan kelaparan. Salah seorangnya, allahyarham Sahar Dofdaa. 

Adik Sahar Dofdaa cuma sempat hidup 29 hari dan meninggal dunia disebabkan kelaparan. ?

Susu daripada tubuh ibunya tidak dapat dihasilkan kerana kekurangan nutrisi — juga disebabkan kelaparan.

Kelaparan telah membunuh lebih ramai manusia daripada peperangan.

 

 

Pada tahun 2022, 12.4 juta rakyat Syria dilaporkan mempunyai kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan.

 

Peperangan.

Penutupan sempadan.

Konflik politik.

 

Semua ini memburukkan lagi keadaan. 

Satu demi satu kilang roti yang menjadi makanan ruji rakyat Syria dimusnahkan.

 

 

Memberi sebuku roti sekali setahun tidak menyelesaikan masalah. 

Sebuah kilang perlu didirikan supaya bantuan dapat dibekalkan secara berterusan setiap hari

 

 

Wakaf tuan/puan mampu merealisasikan pembinaan kilang roti di Syria. 

Kesannya?

15,000 keluarga akan mendapat bekalan makanan secukupnya setiap hari. ❤️

 

 

Yup.

15,000 keluarga (~75,000 individu) bakal menerima kesan langsung hasil daripada RM50 yang tuan/puan pilih untuk wakafkan.

 

 

Rebutlah ganjaran di bulan Rejab yang mulia ini untuk melaksanakan wakaf untuk ibu, ayah serta diri sendiri. 

 

“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]

 

 

“Adakah pahala wakaf untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia sampai kepada mereka?”

 

Pahala wakaf yang diniatkan untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia akan dikira dan akan sampai kepada mereka berdasarkan hadis baginda Nabi SAW.

 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.– HR Muslim (1631)

 

Rujuk kenyataan mufti: Kenyataan Mufti Terengganu

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support Kilang Roti Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)