Kongsi rezeki berbuka bersama dengan mereka yang memerlukan di luar sana memang terasa indah! Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan lagi pada tahun ini.
Selepas kita dah diuji dengan pelbagai ujian yang menimpa kita, syukur pada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk beramal soleh di bulan Ramadan yang mulia ini.
Ayuh sebar kebahagian & kesyukuran kita di Ramadan ni dengan berkongsi rezeki bersama golongan yang tak berkemampuan.
Kami Berpuasa Sepanjang Hari Kerana Tiada Apa-Apa Untuk Berbuka
Sudahlah seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga. Bila sudah masuk waktu berbuka, masih terpaksa menahan lapar. Kasihan sungguh…
Inilah realiti yang terpaksa ditanggung oleh golongan asnaf, gelandangan & anak yatim yang mengikat perut untuk berbuka dek kerana tiada apa-apa makanan untuk dijamah.
Ramadan 2022 kali ini kami menyasarkan jumlah bantuan sebanyak RM 4 Juta yang akan diagihkan kepada sekitar 200,000 orang penerima manfaat lebih 9 buah negara :
Menyantuni 170,000 Asnaf di seluruh Malaysia,
Meraikan 2,000 mualaf di Jepun, Korea & New Zealand.
Membantu 28,000 mangsa pelarian di Yaman, Palestin & Syria
Santapan Pek Istimewa Iftar ni , kami akan salurkan dalam bentuk Pakej Individu (RM 20/pakej) dan Pakej Keluarga (RM 120/pakej) yang mengandungi:
Kami berharap dengan perkongsian rezeki anda, Pakej Individu dan Pakej Keluarga ini dapat membantu mereka berpuasa dengan lebih sempurna tahun ini.
Ramadan ini peluang untuk kita bantu gembira dan kenyangkan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang berpuasa.
Kirimkan sebahagian rezeki anda bersama mereka yang memerlukan di luar sana.
Pakej Individu = RM20
Pakej 2 Orang = RM40
Pakej 1 Keluarga = RM120
Pakej 2 Keluarga = RM240
Pakej 3 Keluarga = RM360
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.