Ongoing

SPECIAL IFTAR FOR UMMAH DI SABAH

Food Security Campaign

JUADAH BERBUKA PUASA RAMADHAN 2022

BURU PAHALA BERPANJANGAN DENGAN SATU HIDANGAN BERBUKA PUASA

 

 

Kegembiraan buat anak-anak dan penduduk asnaf di Sabah. Ini saat indah yang kami dapat rakamkan dalam edaran Makanan Berbuka Puasa kepada mereka.

 

Walaupun tinggal di pendalaman, merentas paya bakau, tanah lecah dan berbukit, itu bukan halangan untuk mereka turut disantuni dan sama-sama menikmati rezeki dari Ilahi di bulan yang Mulia ini.

 

Pernahkah anda terfikir, dengan berkongsi makanan sahaja anda sudah meraih ganjaran pahala selama setahun?

 

Menurut sumber Pejabat Wilayah Persekutuan, Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam ada menjelaskan tentang kelebihan memberi makan kepada orang yang berpuasa:

 

‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.’’

 

[Rujukan: Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)]

 

SUDIKAH ANDA BERKONGSI NIKMAT BERBUKA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI?

 

 

 

MyFundAction bersama Food For Hunger (FFH) akan membuka peluang untuk anda berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan melalui Projek Special Iftar For Ummah (SIFU).

 

Tak kira berapa nilai yang anda hulurkan, ia memberi momen Ramadhan yang lebih indah kepada  penerima di sekitar Sabah.

 

Antara golongan yang bakal menerima adalah:

 

  • Rumah Anak Yatim
  • Asnaf
  • Anak-anak Tahfiz
  • Orang yang Memerlukan

 

 

Sabda Rasulullah S.A.W:

 

Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga…”

 

[Riwayat Ibn Khuzaimah (1878)

 

Ayuh, berkongsi rezeki sesama kita!

 

Kongsikan sebahagian rezeki anda bersama mereka yang memerlukan di luar sana.

Pakej Individu = RM20

Pakej 2 Orang = RM40

Pakej 1 Keluarga = RM120

Pakej 2 Keluarga = RM240

Pakej 3 Keluarga = RM360

 

Mungkin terlihat kecil saja, namun memberi makanan kepada orang yang berpuasa besar ganjarannya.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar for Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)