Ongoing

Ongoing

Projek Pembinaan Surau Al-Muhsinin, Semporna

Uplifting Education Campaign

‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”(Hadith riwayat Muslim)

 Masjid dan surau kedua-duanya adalah tempat beribadat bagi Muslim. Tidak banyak yang membezakannya tapi pada hakikatnya tujuan masjid dan surau dibina adalah sama. Sebagai apa?

Sebagai tempat penyatuan umat Islam. Melalui ini, sinar Islam akan lebih tersinar. Tapi sayangnya di suatu kampung 20km dari Semporna, sinar Islam tersebut tidak hidup.

Jadi, seorang insan yang baik hati, En. Yusuf, telah mengasaskan pembinaan satu surau iaitu surau Al-Muhsinin hasil daripada kutipan orang ramai.

Wakaf Surau Al-Muhsinin

Namun begitu, surau tersebut kini dalam fasa pembinaan dan perlukan dana yang banyak untuk siap sepenuhnya. Jika tidak, pembinaanya akan tertangguh.

Sekurang-kurangnya surau ini dapat memudahkan penduduk setempat untuk solat berjemaah. Lagi pula kadar buta Al-Quran dalam kalangan penduduk di sini juga agak tinggi.

Jadi, satu kelas mengaji akan diadakan untuk penduduk di sini. Surau ini juga dapat digunakan untuk pelbagai program Islamik dan lain-lain. Di kampung tersebut terdapat 5 buah estet yang mempunyai sebanyak 1,000 orang pekerja. Itu belum termasuk penduduk kampung.

Hidupkan Sinar Islam di Semporna

Sanggup ke kita biarkan saudara-saudara Islam kita tidak solat dengan alasan tiadanya masjid atau surau? Jika mereka ingin solat Jumaat atau fardhu sekalipun, mereka terpaksa mencari surau yang lebih jauh. 

Banyak sangat kelebihan apabila terbinanya surau ini di kampung tersebut. Lebih ramai lagi penduduk Muslim di sana akan celik agama kerana dapat belajar mengaji dan asas agama.

Surau ini juga dijadikan sebagai pusat tahfiz bagi anak-anak Semporna yang mana pengasasnya sendiri adalah En. Yusuf.

Banyak bukan pahala kita boleh dapat jika berwakaf ke atas pembinaan surau ini. Jadi, ayuh Jiwa Baik semua, inilah peluang kita untuk merebut ganjaran ‘istana’ ciptaan Allah di syurga nanti.

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Surau Al-Muhsinin Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)