Seperti tahun-tahun yang lalu, MyFundAction tetap komited untuk menjadi ‘frontliners’ dalam sama-sama membantu menjadi pemudah cara dan menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana.
Pihak MyFundAction CDA-ERT bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam akan memulakan misi banjir di kawasan Tanah Merah, Kelantan yang terjejas teruk disusuli dengan negeri-negeri yang terlibat mengikuti aturan dan arahan dari agensi Bomba dan Penyelamat serta PGA.
Antara bantuan yang akan diedarkan buat mangsa yang terkesan banjir adalah:-
Untuk memastikan misi menyelamatkan mangsa serta memberikan bantuan yang secukupnya, kami menjemput Tuan/ Puan untuk berkolaborasi bersama dalam misi ini.
Setiap ringgit yang dikongsikan sangat bermakna buat mereka.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699))
Nota penting: Setiap keikutsertaan anda bagi projek-projek di dalam Malaysia adalah layak mendapat resit pelepasan cukai.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.