Ongoing

Tabung Jantung : Baby Lexson

Health Accessibility Campaign

Ayuh kumpul RM50,000 untuk bantu lunaskan kos pembedahan yang tertunggak

“Saya tidak sampai hati lihat keadaan anak saya tetapi saya tidak mampu buat apa-apa” – luahan pilu ibu Lexson, Puan Wong.

Dilahirkan pramatang, hanya 32 minggu dalam kandungan. Baru beberapa bulan melihat dunia, baby Lexson sudah bergelut menahan sakit akibat masalah jantung yang dihidapi.

Sewaktu dilahirkan, tanda-tanda yang dialami oleh baby Lexson merisaukan dan merunsingkan hati ibu bapanya. Nafasnya laju dan dada melengkung ke dalam apabila bernafas. 

Baby Lexson juga tidak seperti bayi lain, baby Lexson mudah penat dan kerap tidur. Sayu melihat wajahnya ketika tidur, anak kecil terpaksa menanggung penyakit sebesar ini.

Baby Lexson disahkan menghidap jantung berlubang dan perlu jalani pembedahan segera untuk menutup lubang di jantungnya.

Lebih membimbangkan, penyakit itu boleh mengganggu perkembangan tumbesaran baby Lexson dan berisiko tinggi kehilangan nyawa. Nyawa baby Lexson dalam bahaya.

Bukan itu sahaja, baby Lexson juga mengalami masalah tiroid sehingga terpaksa bergantung pada ubat hospital setiap hari.

Seawal kelahiran, doktor memberitahu otak baby Lexson juga mengembung kerana ada keradangan. Malah sebelum ini baby Lexson minum susu menggunakan tiub kerana tidak cukup umur.

Bayangkan bayi baru lahir perlu bergantung pada beberapa jenis ubat setiap hari untuk teruskan hidup.

Kos pembedahan RM50,000 diperlukan. Jumlah wang yang besar ini benar-benar membuatkan ibu bapanya buntu, pendapatan bulanan mereka tidak mampu membiayai kos sebanyak itu. Belum lagi termasuk tanggungan lain.

Nama : Lexson Lee Han Lei

Umur : 4 bulan

Nama Penyakit : Large PMVSD with Mild Pulmonary Hypertension

MAKLUMAT PEMBEDAHAN

Kos: RM50,000

Tarikh: 7 Oktober 2021

Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

 

Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Lexson bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Lexson dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)