Ongoing

Tabung Jantung untuk Quah Soo Lian

Health Accessibility Campaign

Dugaan Menanggung Derita Sakit Jantung

“Maaf, Suami Puan Mengalami Kegagalan Jantung”

 

4 Minit Jantung Henti Berdenyut, Memori Pahit Yang Tak Akan Dikenang

Tatkala ketua keluarga ditimpa ujian, lumpuh sistem kekeluargaan, namun masih ada bahu sang isteri menjadi tempat untuk keluarga bersandar.

 

Quah Soo Lian, 47, disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2006 lagi dan sukar menjalani kehidupan aktif kerana mudah letih serta sesak nafas.

 

Mengimbau pengalaman ketika 2006 lagi, ketika itu Encik Quah Soo Lian mengalami gastrik, perut berangin dan sudah mula rasa sukar untuk bernafas.

 

Tanpa melengahkan masa, dia dan isteri bergegas ke Subang Medical Centre untuk dapatkan rawatan dan doktor mengesahkan dia mengalami kegagalan jantung. Setiap kali ke hospital, degupan jantungnya tidak stabil.

 

Jantungnya yang lemah dan bengkak memerlukan dia menjalani pelbagai prosedur perubatan seperti bypass atau pintasan jantung, echo test, CT scan, dan lain-lain.

 

Tambahnya, dia teringat pengalaman jantung henti berdetak selama 4 minit yang merupakan memori pahit yang tak akan dikenang lagi. Hal ini membuatkannya lebih menghargai isteri dan anak.

“Doktor kata saya perlukan ‘pacemaker’ untuk stabilkan degupan jantung saya yang terlalu perlahan. Saya ikut saja apa yang terbaik untuk saya.”

 

Bagaimanapun, kos pembedahan yang mencecah RM100,000 sukar ditanggungnya kerana nilai itu terlalu besar jika dibandingkan dengan gaji bulanan yang diterima.

 

Pengorbanan Isteri Menjaga Suami

Isteri Encik Quah Soo Lian berkata, suaminya yang bekerja sebagai juruteknik mesin cetak terpaksa bekerja dari rumah dan tidak lagi menerima komisyen selepas mengalami kegagalan jantung sehingga sukar untuk membuat kerja seperti biasa.

 

10 hari menjaga suaminya di ICU mengajar banyak erti pengorbanan dan mengeratkan lagi kasih sayangnya terhadap suami.

 

“Sudah menjadi rutin harian saya tolong dia menguruskan aktiviti harian seperti memasak, cuci luka, beri ubat, bantu dia bangun dari katil. Sampai sekarang pun saya masih buat lagi. Siapa lagi nak buat kalau bukan saya kan,” katanya.

Jom Kongsi Rezeki!

Encik Quah Soo Lian mengakui dirinya tidak mampu untuk membayar hutang kos pembedahan di hospital sebanyak RM100,000 dan berharap ada insan prihatin membantu meringankan beban keluarganya.

Ayuh berikan peluang dan nafas baharu buat mereka yang memerlukan di luar sana dengan berkongsi sebahagian daripada nikmat rezeki anda!

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Jantung Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)