Ongoing

Tabung Kanser Amsyar

Health Accessibility Campaign

Derita si manja

” Selepas insiden kemalangan, kanser juga dikategorikan penyebab utama kematian kanak-kanak setiap tahun” – Sumber Harian Metro

Amsyar Zahin dilahirkan secara pembedahan ceaser dengan berat lebih 2 kg, dan dilahirkan dengan sihat sehingga mencecah usia 3 tahun. Tetapi mula mengalami sawan bermula usia setahun lebih, dan 2 kali mengalami demam panas. Semasa usia Amsyar mencapai 1 tahun mereka diuji apabila ayahnya terkena serangan stroke kecil, dan menjalani rehab selama 6 bulan. Ketika Amsyar mencapai usia 3 tahun 9 bulan, Amsyar mengalami kaki terseliuh ketika bermain, ibu bapa Amsyar meminta bantuan tukang urut. Tukang urut mendapati ada benda keras di bahagian perut Amsyar dan penat apabila berbaring, Amsyar hanya perlu duduk. 

Justeru itu, ibu bapa Amsyar membawanya ke klinik berdekatan. Setelah menjalani x-ray, doktor memaklumkan ada benda didalam perutnya. Pada 7/12/2020, Amsyar dibawa ke hospital dan di masukkan ke Wad Paediatrik, dan menjalani imbasan. Hasil ujian doktor mengesahkan bahawa itu adalah kanser. Amsyar memulakan kemoterapi pertama rapidcogac selama 8 cycle, kemudian pada bulan 12 jalani lagi 1 cycle kemoterapi selama 3 hari.

Amsyar seorang kanak-kanak yang aktif seperti kanak-kanak lain, petah bercakap, cepat belajar, dan pandai belajar sendiri. Pada bulan 4 2021, Amsyar menjalani satu pembedahan mengeluarkan ketulan dari perut. Pada bulan 12 2021, menjalani pemindahan tulang sum-sum dan kemoterapi. Pada 01�32022, Amsyar dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan. Perkembangan sekarang masih menunggu tarikh untuk jalani radioterapi 14 kali selama 14 hari, selepas menjalani radioterapi Amsyar perlu mengambil ubat jenis qarziba dimana kos untuk 1 botol adalah bernilai 49k dan perlu mengambil sebanyak 8 vial yang bernilai 392k. Namun satu vial telah mendapat bantuan dari zakat dan perlu memohon untuk 7 vial lagi yang berjumlah 343k. 

Setiap ibu bapa itu inginkan yang terbaik untuk zuriat mereka, tetapi atas kesempitan ekonomi keluarga segalanya sukar pada mereka yang memerlukan. Setiap bulan ibu bapa Amsyar terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi untuk pengankutan ulang-alik ke hospital , barangan perubatan dan juga untuk keperluan harian Amsyar seperti lampin pakai buang dan susu harian.

Oleh itu, Kami daripada Myheart, dengan kerjasama MyFundAction, memohon sokongan kewangan dan doa anda untuk membantu Amsyar Zahin mengharungi keadaan ini dan kembali sihat dengan kesihatan yang terbaik.

Kasih tanpa sempadan, ayuh berikan peluang dan nafas baru buat mereka yang memerlukan diluar sana dengan berkongsi sebahagian dari nikmat rezeki anda.

YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM ( MYFUNDACTION ) 
MAYBANK ISLAMIC 
550510970419
REFERENCES: Amsyar

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)